Scomi Taruh Harapan Besar Dapat Projek Chennai

Diterbitkan: Ahad, 8 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUMBAI: Scomi Engineering Bhd berharap ia akan disenarai pendek untuk projek monorel sepanjang 111km di Chennai, ibu negeri Tamil Nadu, bandar kelima paling ramai penduduk di India, kata Presiden Negara Scomi Engineering, Kanesan Velupillai.

"Tender Chennai, yang kami turut membuat bidaan bersama IL&FS, akan diumumkan tidak lama lagi. Kami berharap akan disenarai pendek. Kami juga berharap dipilih melaksanakan projek Monorel Delhi," katanya.

IL&FS Transportation Network Ltd (ITNL), ialah anak syarikat ITNL Enso Rail System Ltd.

Walaupun Scomi membida projek-projek monorel di beberapa bandar di India, projek utamanya kini ialah Chennai dan Delhi, kata Kanesan, yang juga Presiden Scomi International Pvt Ltd kepada Bernama dalam temu bual.

Jika berjaya, projek Chennai bakal menjadi projek monorel terbesar Scomi memandangkan kerajaan negeri itu merancang membina laluan sepanjang 300km bagi mengurangkan kesesakan lalulintas.

Mengulas lanjut mengenai profil syarikat itu di India, beliau berkata Scomi berjaya muncul sebagai jenama terkenal di India selepas melaksanakan projek monorel pertama India, di daerah kewangan, Mumbai.

Scomi Engineering dan rakan konsortiumnya, Larsen & Toubro, memperoleh projek Monorel Mumbai bernilai RM1.846 bilion pada November 2008.

"Kedua-dua negeri besar dan kecil India itu menghantar surat kepada kami supaya datang dan melihat projek mereka di Mumbai. Kini menerusi ujian tren dan apabila operasi komersil bermula, minat akan lebih memihak kepada kami," katanya.

Setakat ini, selain projek Mumbai, Scomi Engineering membuat perjanjian pembidaan bersama Geodesic Techniques Pvt. Ltd. bagi melaksanakan cadangan projek monorel sepanjang 59 km di Bangalore.

Ia juga menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan TATA Realty and Infrastructure Ltd untuk melaksanakan projek sistem pengangkutan metro moden di Ludhiana pada Julai tahun lalu.

Kanesan berkata, Scomi menganggarkan saiz pasaran perniagaan monorel berjumlah US$15 bilion di India sahaja, dalam tempoh lima tahun ini.

"Sistem Metro menyokong pengangkutan jarak jauh bandar raya dan menjadi nadi kota dan monorel merupakan rangkaian cawangan yang berperanan sebagai sistem pelengkap dengan menyuraikan bilangan penumpang secara berkesan dan menyambungkannya dengan bas, Metro, Monorel dan kereta api pinggir bandar," kata beliau lagi.

Oleh itu, jelasnya, monorel memain peranan penting di seluruh India dan dengan kelulusan Kementerian Pembangunan Bandar terhadap monorel menerusi skim projek import yang menawarkan duti import dan cukai yang menarik, adalah satu bukti terhadap sokongan itu.

Selain India, Kanesan berkata operasi Scomi Engineering di India juga melibatkan pasaran Bangladesh, Sri Lanka dan Turki.

Beliau berkata, kerajaan Sri Lanka dan Bangladesh sudah menyediakan pelan induk projek monorel untuk dilaksanakan.

"Kami sedang berunding dengan mereka, selain mendapatkan pembiayaan," katanya lagi.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan