Program Transformasi Landasan Untuk Capai Taraf Negara Maju 2020 - Husni

Diterbitkan: Ahad, 8 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Program transformasi yang diperkenalkan kerajaan berjaya meletakkan negara di landasan yang betul ke arah mencapai taraf negara maju pada tahun 2020, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata, empat program yang dilancarkan sebelum ini menjadi formula penting dan asas di dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara bagi mengeluarkan negara daripada krisis ekonomi dunia.

Beliau berkata, Program Transformasi Kerajaan (GTP), Transformasi Ekonomi (ETP), Transformasi Luar Bandar dan Transformasi Politik (PTP) merupakan formula penting kepada negara untuk mencapai pertumbuhan mampan.

"Seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pencapaian GTP telah mencapai sasaran lebih awal dan mencatatkan perkembangan lebih 100 peratus di dalam kesemua enam bidang yang telah ditetapkan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian komputer riba kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Jati, Ahad.

Ahmad Husni berkata, formula yang digunakan ini berjaya meletakkan Malaysia di landasan yang betul dan mengikut sasaran walaupun dalam masa yang sama pertumbuhan ekonomi dunia tidak seimbang.

Katanya, pertumbuhan tidak seimbang ini bukan sahaja melanda negara-negara miskin dan yang tidak membangun tetapi sebaliknya turut memberi impak kepada negara besar dan berpotensi seperti Amerika Syarikat dan Eropah.

"Sekiranya masalah keseimbangan ini tidak dapat diselesaikan akan menjejaskan perkembangan ekonomi mana-mana negara terbabit," katanya.

Sebahagian negara-negara barat berhadapan dengan imbangan pembayaran defisit manakala negara-negara Asia yang diterajui China menikmati lebihan imbangan pembayaran, katanya.

Beliau berkata, begitu juga dengan negara G-20 yang masih mencari-cari formula bagi mengimbangi pertumbuhan ekonomi dunia yang kini menghadapi krisis.

"Dalam konteks negara kita, formula-formula ini perlu dilaksanakan dengan betul bagi memastikan perkembangan mengikut sasaran yang ditetapkan," katanya.

Oleh itu, katanya, semua program transformasi ini hendaklah seiring dan usahanya dilipat ganda supaya berjaya di dalam pertumbuhan pembangunan negara. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan