Penyenaraian Felda Tetap Berjalan Walaupun Kerajaan Negeri Enggan Serah Tanah

Diterbitkan: Ahad, 8 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEMAS: Penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia akan tetap berjalan, walaupun ada kerajaan negeri tidak mahu menyerahkan tanah mereka yang kini diusahakan oleh Felda.

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Samad berkata keadaan itu tidak akan menjejaskan usaha penyenaraian tersebut kerana jumlah tanah yang dimiliki mereka adalah kecil berbanding tanah-tanah yang dimiliki Felda di negeri-negeri lain.

"Felda mempunyai tanah yang dibangunkan Felda Plantations Sdn Bhd (FPSB) di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang, bagi saya soal sama ada mereka (kerajaan negeri pembangkang) ingin menyertai atau tidak (penyenaraian FGVH) itu terpulang kepada mereka.

"Ia tidak menghalang proses kita untuk pergi ke pasaran saham kerana semua kerja-kerja untuk penyenaraian itu telah kita buat dan saya tidak nampak ada apa-apa halangan dari negeri-negeri yang tidak mahu menyertai penyenaraian ini," katanya kepada Bernama, selepas merasmikan Kompleks Sukan Gugusan Felda Jelai, di Felda Jelai 2, di sini Ahad.

Sebelum ini, kerajaan negeri Kelantan melalui Exconya, Datuk Husam Musa menyatakan bahawa negeri itu tidak akan menyerahkan tanah di Kelantan yang kini diusahakan oleh Felda untuk disenaraikan di Bursa Malaysia.

Husam berkata, kerajaan negeri mengambil langkah itu kerana berpendapat penyenaraian FGVH lebih bermotifkan politik demi kepentingan parti Barisan Nasional.

Selain di Kelantan, Felda melalui FPSB memiliki tanah di Selangor dan Kedah yang turut dikuasai pembangkang.

Terdahulu, Mohd Isa dalam ucapannya semasa merasmikan program Sihat Felda berkata, FGVH akan tetap menjadi syarikat milik bumiputera walaupun disenaraikan di Bursa Malaysia.

Katanya, walaupun saham-saham FGVH akan diniaga dan akan dimiliki oleh pelbagai pihak, Felda akan memastinya sekurang-kurangnya 50.1 peratus daripada saham-saham tersebut dimiliki oleh individu dan syarikat bumiputera.

"Ada orang cakap kalau disenaraikan dan saham-saham Felda akan diniagakan, siapa-siapa pun boleh beli. Tapi kita janji bahawa Felda akan tetap menjadi syarikat milik bumiputera untuk selama-lamanya," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan