Menteri Koperasi Gesa Bank Rakyat Tumpu Perkhidmatan Ar-Rahnu

Diterbitkan: Ahad, 8 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) perlu mengurangkan pergantungan terhadap kemudahan pembiayaian peribadi dengan memberi tumpuan mengembangkan perkhidmatan Ar-Rahnu atau perniagaan pajak gadai Islam bagi mendapatkan pulangan yang lebih baik.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkhidmatan Ar-Rahnu wajar dikembangkan memandangkan ia tidak mendatangkan sebarang kerugian kepada Bank Rakyat sejak diperkenalkan pada 2006 melalui anak syarikatnya, Rakyat Management Services Sdn Bhd.

"Ia amat mudah bagi mana-mana koperasi yang ingin membuka perkhidmatan Ar-Rahnu kerana mereka hanya perlu memohon lesen daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sahaja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Bank Rakyat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, Ahad.

Ismail Sabri berkata, Bank Rakyat tidak boleh terlalu bergantung kepada produk kemudahan pembiayaan peribadi mengikut sistem bayaran balik melalui pemotongan gaji kerana difahamkan produk yang sama kini turut ditawarkan bank komersial lain.

"Ini merupakan satu persaingan dan tekanan kepada Bank Rakyat serta koperasi, jadi saya cadangkan supaya Bank Rakyat beralih kepada Ar-Rahnu yang kita nampak ia mempunyai potensi amat baik sekali," katanya.

Mengulas kerjasama Bank Rakyat dengan negara Islam lain seperti Indonesia, Brunei dan China, Ismail Sabri berkata perkhidmatan Ar-Rahnu mendapat sambutan dari negara-negara tersebut memandangkan sistem perkhidmatan itu adalah sistem kewangan Islam yang adil serta telus kepada penggadai.

"Negara-negara tersebut tidak mempunyai perkhidmatan Ar-Rahnu kerana mereka ada sistem kewangan konvensional yang mereka sendiri tidak selesa dengan sistem ini.

"Jadi bila kita perkenalkan produk Ar-Rahnu ini ke negara mereka, mereka berminat untuk menyertainya cuma kita masih dalam proses untuk mendapatkan kebenaran daripada Bank Negara dan sebagainya," katanya, sambil menjelaskan bahawa SKM turut akan mengadakan majlis persefahaman (MoU) bersama Indonesia dan Brunei bagi mewujudkan bank koperasi dan Ar-Rahnu di negara berkenaan.

Sementara itu, Pengerusi Bank Rakyat Tan Sri Dr Syed Jalaludin Syed Salim berkata Bank Rakyat mencatat pencapaian tertinggi dalam sejarah dengan merekodkan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM2.02 bilion bagi tahun berakhir 31 Disember 2011.

"Pencapaian membanggakan ini merupakan satu lagi kejayaan yang memecahkan rekod kerana ia merupakan julung kalinya dicapai oleh Bank Rakyat apabila berjaya mencipta keuntungan melebihi RM2 bilion.

"Kejayaan ini merupakan peningkatan sebanyak 17 peratus berbanding RM1.72 bilion pada tahun sebelumnya," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan