Keadaan Nik Aziz Yang Masih Dirawat Di HUSM Stabil - Fatah

Diterbitkan: Ahad, 8 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang masih dirawat di wad rawatan jantung di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini, dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Besan Nik Abdul Aziz, Abdul Fatah Harun, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Tuku, berkata Mursyidul Am PAS itu dinasihatkan doktor yang merawatnya agar berehat di hospital itu bagi mendapatkan rawatan susulan.

Nik Abdul Aziz, 81, dimasukkan ke hospital itu selepas mengadu sakit dada selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco Rabu lepas.

"Tok Guru (Nik Aziz) dinasihatkan berehat di wad CCU itu bagi mengelakkan banyak menggunakan tenaga apabila berada di luar.

"Seperti biasa, perutnya selalu meradang apabila tersalah makan dan penat akibat banyak pergerakan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi malam Sabtu.

Abdul Fatah berkata Menteri Besar itu dijangka dibenarkan keluar dari hospital dalam masa terdekat ini, sebaik selesai menjalani pemeriksaan lanjut.

Sultan Kelantan Sultan Mohammad V berkenan melawat Nik Abdul Aziz selepas solat Jumaat semalam, kata Abdul Fatah.- BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan