Waspada Dengan Individu Menyamar Sebagai Ejen - KWSP

Diterbitkan: Sabtu, 7 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengingatkan orang ramai dan pencarum KWSP agar berhati-hati dengan individu yang mendakwa sebagai ejen institusi itu.

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP Nik Affendi Jaafar berkata individu berkenaan meminta maklumat sulit dan cap ibu jari ahli KWSP dengan alasan bagi membolehkan KWSP mengemas kini butiran pencarum dalam pangkalan datanya.

"KWSP ingin menegaskan bahawa ia tidak pernah melantik mana-mana individu atau syarikat bagi mewakilinya dalam urusan yang berkaitan.

"Berdasarkan siasatan yang dijalankan, KWSP mendapati individu tersebut menyamar sebagai ejen mereka," katanya dalam kenyataan di sini.

Pencarum KWSP yang dihubungi individu berkenaan diminta membuat aduan menerusi talian hotline Anti-Fraud KWSP di 03-26162121 yang beroperasi dari 8.15 pagi hingga 5.15 petang setiap Isnin hingga Jumaat. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan