Tiada Rakyat Malaysia Ke Harvard Dalam Tempoh Dua Tahun Berturut-Turut

Diterbitkan: Sabtu, 7 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Untuk tahun kedua berturut-turut, tiada pelajar Malaysia yang mendapat kemasukan ke Universiti Harvard.

Datuk Dr Goh Cheng Teik, yang mengetuai panel pemilihan dan menemuduga pelajar untuk kemasukan mahasiswa ke universiti ini berkata ini disebabkan kemerosotan kualiti pemohon dari Malaysia.

"Saya menghubungi Pejabat Kemasukan Harvard College dan telah diberitahu bahawa walaupun mereka menerima permohonan daripada pelajar-pelajar Malaysia, tiada siapa yang disenarai pendek untuk temuduga kerana mereka dianggap tidak cukup kompetitif," katanya kepada akhbar The Star.

Dr Goh berkata, bekas pelajar SMK Damansara Jaya Avinaash Subramaniam merupakan rakyat Malaysia terakhir yang diterima masuk ke Harvard pada tahun 2010.

Avinaash memperolehi 11A dalam SPM 2008 dan telah dianugerahkan biasiswa penuh.

Setiausaha Kehormat Kelab Harvard di Malaysia Nicholas Khaw, yang juga seorang penemuduga dalam panel berkata dari tahun 1985 hingga 2010, sekurang-kurangnya seorang pemohon dari Malaysia telah memasuki Harvard College setiap tahun. (Harvard College ialah sekolah sarjana muda di Universiti Harvard.)

Pada tahun 2009, beliau berkata, dua orang pelajar memperoleh kemasukan ke Harvard.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh panel temuduga, sejumlah 30,489 dan 34,950 permohonan telah diterima oleh Universiti Harvard pada tahun 2010 dan 2011 dengan masing-masing 6.9 peratus dan 6.3 peratus mendapat kemasukan.

Di kalangan negara Asia Tenggara, Singapura mempunyai bilangan tertinggi pelajar di Harvard College dengan 18, diikuti oleh Thailand (tujuh), Vietnam (enam), Malaysia (lima) dan Indonesia (dua).

Ahli Jawatankuasa Eksekutif Kelab Harvard di Malaysia Wan Nadiah Wan Mohd menggalakkan pelajar Malaysia untuk memohon kemasukan ke universiti.

Beliau berkata Universiti Harvard pada tahun ini menganugerahkan biasiswa sebanyak AS$172juta (RM531.48juta) terhadap 60 peratus pelajar yang bakal masuk.

Wan Nadiah, yang juga seorang penemuduga berkata pelajar digalakkan memulakan persediaan untuk permohonan ke Harvard sekurang-kurangnya enam bulan sebelum permohonan ditutup.

Tarikh tutup permohonan bagi pengambilan 2013 ialah 1 Januari tahun depan dan maklumat lanjut boleh didapati di http://www.admissions.college.harvard.edu/todays_harvard/index.html

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan