Tiada Kompromi Dengan Mana-Mana Pihak Yang Tidak Penuhi Syarat Puspakom - Kong

Diterbitkan: Sabtu, 7 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LUMUT: Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak ketika seliaan ke atas sesebuah kenderaan dijalankan bagi memastikan hanya kenderaan yang memenuhi syarat ditetapkan sahaja dibenarkan beroperasi di jalan raya.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata bagi tujuan itu, semua operasi pemeriksaan kenderaan awam dan perdagangan di seluruh negara akan terus diperketatkan demi keselamatan pengguna jalan raya.

"Statistik Puspakom menunjukkan daripada 3,085,948 kenderaan yang diperiksa sepanjang tahun lalu, sebanyak 577,698 buah atau 19 peratus gagal dalam pemeriksaan tersebut.

"Peratusan kenderaan yang gagal menunjukkan bahawa Puspakom amat menitikberatkan kualiti pemeriksaan dan tidak mudah bertolak ansur kepada mereka yang gagal mematuhi syarat ditetapkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Pemeriksaan Puspakom Manjung dekat sini, Sabtu.

Pusat pemeriksaan baru bernilai RM4.1 juta itu dilengkapi dengan pelbagai kemudahan serta mampu mengendalikan sehingga 250 buah kenderaan setiap hari berbanding hanya 80 kenderaan di bangunan lama.

Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Solah Mat Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif Operasi DRB-Hicom Berhad, Datuk Lukman Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom, Hisham Othman.

Kong berkata dengan beroperasinya pusat baru itu, pemilik dan operator kenderaan berat seperti lori, bas, teksi serta kenderaan awam di kawasan Lumut, Seri Manjung dan Sitiawan tidak lagi perlu ke Puspakom Gopeng, Teluk Intan atau Taiping untuk berurusan.

Sementara itu, Kong berkata Puspakom turut memperkenalkan sistem pemeriksaan melalui temujanji kepada pelanggan bagi memastikan mereka tidak perlu menunggu begitu lama ketika berurusan di mana-mana cawangan Puspakom seluruh negara.

"Melalui sistem yang mula dilaksanakan sejak bulan lalu, pelanggan akan diberikan satu waktu pemeriksaan yang spesifik berbanding konsep 'first-come-first-served'(siapa cepat dia dapat) sebelum ini. "Urusan pemeriksaan kenderaan akan selesai dalam masa sejam sahaja," katanya yang juga Anggota Parlimen Lumut.

Sehingga kini terdapat enam buah cawangan Puspakom di Perak dan lebih 79 buah di seluruh negara termasuk 15 buah di Sabah dan Sarawak. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan