Tekankan Pendekatan Terbaik Untuk Rakyat - Sultan Pahang

Diterbitkan: Sabtu, 7 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah menyeru seluruh jabatan kerajaan supaya menekankan pendekatan terbaik ketika berurusan dengan rakyat yang merupakan pelanggan mereka.

Baginda bertitah apa saja urusan yang membabitkan rakyat hendaklah sentiasa dilaksanakan dengan pendekatan mesra pelanggan dan perkhidmatan itu hendaklah sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

"Sekiranya perkhidmatan anggota perkhidmatan awam sama saja seperti sebelumnya tanpa ada penambahbaikan, tidak mustahil suatu hari nanti pihak atau organisasi lain akan mengambil alih peranan kita hari ini kerana kita tidak relevan lagi," titah baginda ketika berucap di majlis santapan bersama anggota perkhidmatan awam negeri Pahang di sini, malam Jumaat.

Sehubungan itu, Sultan Ahmad Shah mahu setiap anggota perkhidmatan awam melakukan transformasi supaya dapat menjiwai peranan mereka dengan lebih cemerlang menuju Wawasan 2020.

Untuk itu titah baginda, perhubungan yang baik di antara anggota perkhidmatan awam dan anggota pentadbiran politik perlu diwujudkan agar matlamat memajukan negara dapat dicapai kerana melalui persefahaman kedua-dua pihak berkenaan, banyak program negara dapat dilaksanakan.

Baginda bertitah, setiap tugas yang dilaksanakan oleh anggota perkhidmatan awam tidak perlu dipolitikkan kerana ia akan menyusahkan rakyat serta melambatkan perancangan kerajaan.

Selain itu titah baginda setiap anggota perkhidmatan awam perlu komited dan mendokong aspirasi kerajaan pada hari ini selain meningkatkan disiplin diri supaya dapat memberi perkhidmatan lebih cekap dan berkesan kepada rakyat. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan