Sultan Pahang Cadang Wujudkan Hari Masjid

Diterbitkan: Sabtu, 7 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah menitahkan supaya Pahang mengisytiharkan "Hari Masjid" sebagai satu langkah untuk mengimarahkan institusi itu.

Titah baginda, Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) perlu mencari satu tarikh yang sesuai untuk tujuan itu.

"Idea ini, alangkah manisnya kalau ada hari masjid, secara tidak langsung dapat menyatukan hati rakyat agar mengimarahkan masjid.

"Usaha untuk memakmurkan masjid agar dapat diberi taufik dan hidayah selain dapat merancakkan aktiviti yang diatur oleh pegawai dan ahli jawatankuasa masjid," baginda bertitah demikian kepada pemberita selepas merasmikan masjid baru Masjid Sultan Ahmad Shah Felda Bukit Goh di sini, Jumaat.

Masjid yang boleh memuatkan 1,000 jemaah dalam satu-satu masa itu mula dibina pada 2009 dengan perbelanjaan hampir RM4 juta menerusi peruntukan RM1.9 juta daripada Muip dan RM1.9 juga lagi dari kerajaan persekutuan.

Baginda bertitah, dengan adanya Hari Masjid itu nanti, ia akan dicontohi negeri-negeri lain.

Dalam pada itu juga baginda bertitah, supaya rancangan dan aktiviti yang diatur oleh pegawai dan ahli jawatankuasa masjid perlu dipergiatkan dengan teratur yang boleh melibatkan lapisan masyarakat di semua peringkat umur. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan