Muhyiddin Nasihat Rakyat Malaysia Cari Tempat Selamat Untuk Bercuti

Diterbitkan: Sabtu, 7 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan memandang serius laporan terbaru yang menyatakan pekan Danok yang sebelum ini sering menjadi tumpuan rakyat Malaysia bakal menjadi serangan pengganas seterusnya.

Sehubungan itu, katanya, Kementerian Luar akan mengeluarkan kenyataan sama ada Selatan Thailand selamat untuk dikunjungi atau tidak pada masa kini.

"Kita harus ambil berat, kita tidak boleh pandang remeh apa yang berlaku (di Hat Yai), jadi ini satu amaran yang agak serius dan biasanya kita beri peringatan supaya rakyat Malaysia berhati-hari.

"Kementerian Luar Negeri akan membuat kenyataan tepat sama ada sesuai atau tidak rakyat kita melawat Selatan Thailand dalam tempoh ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan muka depan sebuah akhbar pada Sabtu yang memetik sumber polis Thailand menyatakan tentang kemungkinan pekan Danok yang terletak bersebelahan dengan Bukit Kayu Hitam berkemungkinan besar menjadi sasaran serangan pengganas seterusnya.

Katanya, laporan itu tidak harus dipandang remeh terutama di kalangan rakyat Malaysia yang sering berulang alik ke kawasan Selatan Thailand.

Sehubungan dengan itu, Muhyiddin menasihati rakyat supaya mengelak daripada bercuti di tempat sedemikian (tidak selamat) untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

"Kalau boleh cari tempat yang lebih selamat bercuti dan dalam Malaysia masih banyak tempat yang menarik boleh dilawati selain Malaysia merupakan antara paling selamat di dunia," katanya.

Sebelum itu, beliau menghadiri majlis Jalinan Mesra bersama warga pendidik Parlimen Pagoh di Dewan Sekolah Kebangsaan Panchor, Pagoh di sini, Sabtu.

Dalam kejadian serangan bom pada 31 Mac lalu, seramai 416 cedera manakala lima orang termasuk dua rakyat Malaysia maut akibat letupan yang menggegarkan kompleks beli-belah dan Hotel Lee Gardens Plaza. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan