Kerajaan Mampu Teruskan Projek Pembangunan - Nor Mohamed

Diterbitkan: Sabtu, 7 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Kerajaan mampu meneruskan projek-projek pembangunan bagi mencapai status negara maju menjelang tahun 2020 berdasarkan kedudukan kewangan negara yang kukuh, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Beliau berkata menerusi perolehan cukai yang meningkat hampir RM20 bilion pada tahun lepas, ia meningkatkan lagi keupayaan kerajaan dalam memastikan setiap projek pembangunan yang dijalankan terus dilaksanakan.

"Kita sudah menjurus kepada negara maju, mestilah kita belanja untuk menjana ekonomi dengan projek-projek yang akan memberi manfaat kepada negara, memang kita teruskan.

"Kita tak pernah kata kita nak berhenti (projek pembangunan), kerajaan ada duit," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pejabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) di sini, Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan mampu untuk meneruskan projek pembangunan negara sedia ada.

Nor Mohamed berkata kerajaan begitu fokus dalam membelanjakan lebihan perolehan itu bagi memastikan golongan yang berada di peringkat bawah mendapat manfaat.

"Kerajaan takkan joli lah, kerajaan akan belanja dalam keadaan berhemah dan akan berbelanja dalam projek yang akan memberi manfaat yang positif kepada penduduk dan dalam masa sama menjana ekonomi untuk memberi pekerjaan kepada kita, kepada anak-anak kita," katanya.

Sementara itu, Nor Mohamed berkata sebagai satu instrumen kerajaan menangani masalah kemiskinan di kawasan bandar dan luar bandar, AIM telah berjaya meningkatkan taraf hidup rakyat dengan membentuk usahawan kecil terutamanya di kalangan kaum wanita berteraskan kepada konsep berkumpulan.

"AIM sudah menjadi satu gagasan yang inklusif dari dua segi iaitu satu bukan sahaja bertumpu kepada desa tapi juga bertumpu kepada bandar...dan juga bukan saja satu fenomena Melayu dan bumiputera tapi juga fenomena 1Malaysia. Ini adalah satu yang hebatlah," katanya.

Beliau berkata kerajaan telah menambah peruntukan sebanyak RM235 juta kepada kewangan AIM yang kini mempunyai modal pusingan berjumlah RM6.4 bilion.

Katanya, sehingga kini AIM mempunyai 300,000 sahabat AIM dengan 116 buah cawangan di seluruh negara.

AIM berperanan sebagai sebuah institusi kewangan mikro yang berfungsi sebagai penyedia modal secara kecil-kecilan kepada isi rumah miskin tegar, miskin dan berpendapatan rendah untuk melaksanakan pelbagai kegiatan ekonomi. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan