Azeez Nafi Misi Bantuan Kelab Putra 1Malaysia Adalah Gimik Politik

Diterbitkan: Sabtu, 7 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LENGGONG: Presiden Kelab Putera 1Malaysia Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim pada Sabtu menepis dakwaan pembangkang yang menyifatkan misi bantuan kemanusiaan kelab itu sebagai hanya gimik politik.

Beliau menegaskan bantuan tersebut diberikan tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan fahaman politik penerima. Azeez yang juga pengerusi Putera Umno Malaysia berkata, pembangkang hanya mampu mengkritik segala usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam membantu rakyat sedangkan pembangkang sendiri tidak mengotakan segala janjinya kepada rakyat.

"Kalau nak dengar kata pembangkang saja memang kita mati...(bagi) dia(pembangkang) semua tak betul. Dia bukan beri manfaat kepada rakyat tapi asyik nak kritik, kalau mereka tak boleh bantu jangan kacau (orang) yang boleh bantu, duduk diam sudahlah," katanya.

Azeez bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir bagi kawasan Parlimen Lenggong di Majlis Daerah Lenggong di sini.

Sebanyak 646 keluarga dari kawasan Kota Tampan (317) dan Kenering (329) menerima bantuan berupa tilam, dapur, sejadah dan pakaian seragam sekolah. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan