PKR Dakwa PFN Cuba Lupuskan Aset

Diterbitkan: Jumaat, 6 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa Perbadanan Fidlot Nasional (PFN) yang diusahakan oleh keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil cuba melupuskan aset yang dimilikinya sedangkan ia sepatutnya dibekukan.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa NFC kini sedang memuktamadkan penjualan tiga hartanah kepada sebuah syarikat, Insun Development Sdn Bhd (Insun Development) pada harga RM3 juta.

Menurutnya, penjualan aset itu menandakan NFC sekarang sedang gulung tikar dan cuba mendapatkan sebanyak mungkin wang tunai daripada aset-aset mereka.

Rafizi berkata, antara hartanah yang sedang dilupuskan oleh NFC ialah hartanah yang beralamat di B-00-22, Plaza Damas 3, No. 63 Jalan Sri Hartamas 1, Taman Sri Hartamas Kuala Lumpur.

Hartanah itu merupakan tingkat bawah, kedai pejabat tiga tingkat yang bernilai RM1.5 juta.

Hartanah kedua, membabitkan B-01-22 Plaza Damas 3, No. 63 Jalan Sri Hartamas 1, Taman Sri Hartamas, Kuala Lumpur, iaitu tingkat 1 kedai pejabat tiga tingkat bernilai RM759,000.

Hartanah ketiga pula melibatkan, B-02-22 Plaza Damas No. 63, Jalan Sri Hartamas 1, Taman Sri Hartamas, Kuala Lumpur, Tingkat 2, Bangunan kedai tiga tingkat bernilai RM741,000.

Jelasnya, urusniaga RM3 juta itu disahkan Insun Development yang beralamat di 15-5, Signature Office The Boulevard, Mid Valley City Kuala Lumpur manakala peguam yang bertindak bagi pihak pembeli ialah Heng & Co, No 30 Lorong Maarof, Bangsar Park, Kuala Lumpur.

“Harga pasaran bagi ketiga-tiga hartanah ini berjumlah RM4 juta tetapi pelupusan ini mendapat diskaun sebanyak 25 peratus. Saya membidas sekeras-kerasnya kecuaian pihak berkuasa yang membenarkan urusniaga ini terutama apabila pelupusan dibuat pada harga yang lebih rendah.

“Ini menjejaskan kemungkinan pihak berkuasa dapat merampas kembali sebarang harta yang dibeli dengan menyalahgunakan dana awam sebanyak RM250 juta, untuk mendapatkan kembali pembayaran dana tersebut kelak,” katanya.

Rafizi berkata, jika penjualan aset itu boleh berlaku tanpa sebarang pengawasan, ia bermakna perkara sama boleh berlaku terhadap lima aset lain dimiliki keluarga Shahrizat yang dianggarkan bernilai RM73 juta.

Hartanah itu ialah Kondominium One Menerong berjumlah RM14 juta, dua lot tanah di Putrajaya (RM3 juta), Kondominium Orchard Scots (RM10 juta), dua kondominium di Marina Bay Suites (RM34 juta) dan lapan unit kedai pejabat di KL Eco city (RM12 juta).

“Urusniaga melupuskan harta-harta milik keluarga Shahrizat ini membuktikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib berbohong kepada rakyat apabila beliau mengumumkan bahawa asset NFC telah dibekukan pada 14 Januari lalu,” katanya.

Mac lau, Pengerusi Eksekutif PFN, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen terhadap dua pertuduhan pecah amanah dan dua pertuduhan melanggar Akta Syarikat.

Tuduhan ke atas beliau itu melibatkan kes pecah amanah dana awam berjumlah RM49 juta daripada kerajaan persekutuan untuk tujuan pengurusan Pusat Fidlot Nasional (PFN) di Gemas, Negeri Sembilan.

Beliau didakwa di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan dan Akta Syarikat 1965 (Akta 165).

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan