Islam Agama Syumul Yang Pentingkan Konsep Wasatiyah - Jamil Khir

Diterbitkan: Jumaat, 6 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Islam merupakan agama syumul yang mementingkan konsep wasatiyah atau keseimbangan yang terbaik dalam setiap juzuk kehidupan umat manusia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata ia mencakupi semua nilai-nilai yang terkandung dalam akidah, syariah, akhlak, politik dan sosio ekonomi yang saling berkaitan antara satu sama lain.

Katanya dalam menterjemahnya di Malaysia, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengilhamkan Program Transformasi Nasional berpayungkan gagasan 1Malaysia demi memastikan bahawa agenda Islam yang dibawa menjadi teras transformasi ummah yang dinamik dan progresif.

"Perkara ini wajar difahami terutama oleh semua agensi agama sama ada di peringkat persekutuan mahupun negeri; dan hala tuju, perancangan serta tindakan masing-masing perlu diperkasa agar menepati agenda transformasi," katanya semasa membacakan khutbah Jumaat yang bertajuk "Agenda Islam dan Kebajikan Dalam Pembangunan Negara", di Masjid Putra di sini.

Selain Perdana Menteri, turut bersolat jemaah di masjid itu ialah timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin. Jamil Khir berkata tanggungjawab membangunkan negara bukan hanya terletak pada pemerintah semata-mata, tetapi perlu penglibatan semua pihak lebih-lebih lagi golongan agama yang merupakan saf hadapan bagi memberi kefahaman dan kesedaran kepada masyarakat.

"Tanggungjawab dan amanah besar yang dipikul oleh setiap yang bernama pemimpin wajar dijadikan iktibar bersama kerana bukan mudah sebenarnya bergelar pemimpin, apatah lagi berdepan dengan pelbagai permintaan dan harapan rakyat yang perlu ditunaikan," katanya.

Menurutnya peruntukan-peruntukan bagi pembangunan agama Islam diberikan angka yang signifikan dalam bajet pentadbiran negara, jelas mencerminkan usaha kerajaan untuk menjayakan agenda Islam dan kebajikan selaras dengan keperluan ummah hari ini.

"Ini semua tidak lain, adalah isyarat jelas bahawa keprihatinan kerajaan kepada perkembangan agama tidak pernah luntur dan tetap utuh," katanya.

Jamil Khir seterusnya mengajak semua pihak melaksanakan langkah-langkah bagi memperkasa institusi agama dengan penerapan nilai-nilai wasatiyah di samping membangunkan masyarakat insani dan teguh pendirian; agar agenda Islam dan kebajikan yang dijana akan memberi impak kepada pembangunan ummah dalam segenap aspek.

Menurutnya ini bagi membolehkan umat dipupuk dan dijatikan dengan kebijaksanaan ketahanan diri dalam mendepani situasi semasa dan cabaran masa kini seperti isu murtad, Islamaphobia, penyongsangan akhlak, fahaman-fahaman jahiliyah-baru seperti liberalism, pluralism dan humanism. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan