Dua Lagi Prasekolah Ditutup Akibat HFMD Di Sarawak

Diterbitkan: Jumaat, 6 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Jabatan Kesihatan Sarawak mengeluarkan arahan penutupan 14 hari kepada dua lagi institusi pendidikan prasekolah dalam usaha mengekang jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di negeri ini.

Pengarahnya Dr Zulkifli Jantan berkata arahan membabitkan kelas prasekolah di Sekolah Kebangsaan Penganang di Limbang yang bermula semalam dan pusat pendidikan prasekolah swasta di Bau bermula hari ini. Penutupan dua institusi itu menjadikan jumlah keseluruhan 11 pusat asuhan dan pendidikan prasekolah ditutup di seluruh negeri setakat ini, katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata jumlah kes terkumpul jangkitan HFMD pula ialah 4,354 susulan 51 kes baru yang direkodkan setakat tengah hari ini.

Jumlah pesakit di hospital pula meningkat kepada 339 selepas dua lagi dimasukkan ke wad, katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan