Alam Flora Harap Kerajaan Selangor Sertai Semula Skim Penswastaan Pelupusan Sisa Pepejal

Diterbitkan: Jumaat, 6 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Alam Flora Sdn Bhd berharap kerajaan Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat akan menyertai semula skim penswastaan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam kerana ia jelas meningkatkan kualiti perkhidmatan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Zain Hassan berkata skim itu mampu mewujudkan keseragaman dalam kerja pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di negeri ini.

Melalui skim itu, katanya, pemegang konsesi terpilih akan dapat membuat pelaburan besar-besaran menggunakan teknologi terkini, jentera dan peralatan moden selain tenaga kerja mahir dalam memberi perkhidmatan lebih cekap.

"Dengan menyertai skim ini, barulah ada keselarasan dalam kerja pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di bandar mahupun luar bandar yang dapat mewujudkan suasana persekitaran bersih," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan perjanjian kontrak perkhidmatan kepada kontraktor kutipan dan pembersihan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini, Jumaat.

Kerajaan Selangor mengambil keputusan untuk tidak menyertai penswastaan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam menerusi Alam Flora bermula Oktober tahun lepas.

Mohd Zain berkata beliau ada menerima aduan daripada sebilangan penduduk di Selangor baru-baru ini melalui pelbagai saluran berhubung masalah kutipan sampah domestik dan pembersihan longkang.

"Ada penduduk merungut sampah hanya dikutip di kawasan perumahan mereka sekali dalam seminggu berbanding tiga kali sebelum ini," katanya.

Mohd Zain turut mendakwa kerajaan Selangor masih berhutang sebanyak RM24 juta kepada Alam Flora sejak menamatkan operasi syarikat itu.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata Alam Flora bersedia untuk membuat pelaburan besar-besaran di Terengganu dan Kelantan untuk menguruskan penswastaan pungutan sisa pepejal dan pembersihan awam di kedua-dua negeri itu.

Mohd Zain juga berkata Alam Flora dalam proses memberikan lebih 380,000 tong sampah beroda secara percuma kepada penduduk yang tinggal di Kuala Lumpur, Putrajaya, Kuantan dan Pekan.

Mengenai majlis pada Jumaat, Mohd Zain berkata 92 syarikat kontraktor tempatan memeterai perjanjian kontrak perkhidmatan dengan Alam Flora bagi menjalankan kerja-kerja kutipan sisa domestik dan pembersihan awam di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Pahang.

Syarikat-syarikat dilantik menjalankan kerja-kerja kutipan sisa domestik menandatangani perjanjian selama tujuh tahun bersama Alam Flora bermula 1 September 2011 hingga 31 Ogos 2018.

Manakala, perjanjian selama dua tahun ditandatangani oleh syarikat-syarikat yang menjalankan pembersihan awam bermula 1 Sept 2011 hingga 31 Ogos 2013, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan