Umno Bahagian Jaga DUN Kuala Nerang

Diterbitkan: Khamis, 5 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GURUN: Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Umno Bahagian Padang Terap dan Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah supaya "menjaga" kawasan Dewan Undangan Negeri Kuala Nerang kerana wakil rakyatnya Datuk Syed Sobri Syed Hashim telah diisytiharkan muflis.

Timbalan Perdana Menteri berkata ini bagi memastikan rakyat di kawasan itu sentiasa dibela dan dijaga.

"Sementara nak hadapi pilihan raya, kokosongan itu diisi oleh pimpinan Umno di situ. Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah) sudah buat keputusan akan ada orang yang bertanggungjawab untuk membantu rakyat supaya kawasan itu tidak dianggap terbiar. Ini penting untuk rakyat rasa mereka tidak ditinggalkan," katanya kepada pemberita selepas perjumpaan khas bersama pemimpin peladang seluruh Kedah di Kilang NPK Fertilizer Sdn Bhd di sini Khamis.

Dua hari lepas, Syed Sobri mengumumkan dirinya muflis setelah gagal membayar baki hutangnya dengan bank tempatan berjumlah RM8 juta.

Beliau berkata pada Disember lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengisytiharkannya sebagai muflis.

Perkara 47(1)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan negeri Kedah menyatakan seorang anggota Dewan Undangan Negeri hilang kelayakan jika ia seorang muflis yang belum dilepaskan.

Muhyiddin berkata beliau memberi jaminan bahawa rakyat di kawasan itu akan terus dibela oleh Umno dan Barisan Nasional, dan jika ada masalah, mereka boleh merujuk kepada pimpinan Umno dan BN.

Katanya, beliau dimaklumkan bahawa Syed Sobri adalah seorang Adun yang menjalankan tugasnya dengan baik tetapi kini beliau tidak dapat memegang jawatan itu.

"Ini sesuatu yang kita rasa kecewa dan sedih, bagaimana hal itu berlaku, tetapi ia telah diputuskan. Kita terima dengan rasa berat hati," katanya.

Turut hadir pada majlis itu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar, Timbalan Menteri berkenaan Datuk Mohd Johari Baharom, Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang Datuk Zainal Dahlan dan Pengerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

Muhyiddin hari ini mengadakan lawatan sehari ke Kedah bermula dengan perjumpaan bersama peniaga kecil dan pemandu teksi seluruh negeri Kedah di Taman Ria, Sungai Petani, pagi Khamis. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan