TPM Lawat Kedah Hari Ini

Diterbitkan: Khamis, 5 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memulakan lawatan seharinya ke Kedah pada Khamis dengan mengadakan perjumpaan khas bersama peniaga kecil dan pemandu teksi di Taman Ria di sini.

Beliau tiba di Taman Ria pada pukul 9.15 pagi untuk bertemu dengan peniaga kecil dan pemandu teksi dari seluruh negeri Kedah.

Selepas majlis di sini, Muhyiddin akan mengadakan perjumpaan khas bersama pemimpin peladang dari seluruh Kedah di Kilang NPK Fertilizer, Gurun.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran kemudiannya bergerak ke Alor Setar untuk mengadakan perjumpaan bersama warga Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil seluruh negeri di Sekolah Menengah Kebangsaan Keat Hwa 2.

Muhyiddin mengakhiri lawatannya dengan mengadakan perjumpaan bersama masyarakat nelayan di Kompleks LKIM, Kuala Kedah. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan