Syed Sobri Muflis: Jabatan Insolvensi Belum Terima Surat Daripada DUN Kedah

Diterbitkan: Khamis, 5 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jabatan Insolvensi belum menerima surat daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah bagi mendapatkan status terkini Datuk Syed Sobri Syed Hashim sama ada wakil rakyat itu muflis atau tidak.

Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil berkata, bagaimanapun DUN Kedah tidak perlu menunggu sehingga laporan mengenai status terkini Syed Sobri daripada Jabatan Insolvensi.

“Mereka sendiri (DUN Kedah) boleh periksa secara online (secara dalam talian). Itu pun sudah dianggap rasmi walaupun belum menerima sijil (pengesahan), atau boleh pergi sendiri ke pejabat cawangan (Jabatan Insolvensi),” katanya ketika dihubungi mStar Online, Khamis.

Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail dilaporkan pada Khamis berkata, pihaknya akan menghantar surat kepada Jabatan Insolvensi pada Rabu bagi mendapatkan status Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang itu.

Syed Sobri yang juga merupakan naib ketua Umno Bahagian Padang Terap dalam satu sidang akhbar pada Selasa memaklumkan bahawa beliau kini seorang muflis selepas gagal menyelesaikan hutangnya dengan sebuah bank tempatan sebanyak RM8 juta.

Menurut Syed Sobri, beliau diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Disember tahun lalu.

Abdul Karim berkata, carian boleh dilakukan di e-insolvensi, aplikasi perkhidmatan elektronik Jabatan Insolvensi.

“Sekiranya beliau (Syed Sobri) benar-benar diisytiharkan muflis pada Disember lalu, pengesahan itu boleh didapati dalam tempoh sehari (secara online) selepas pengisyiharan di mahkamah.

“Di pihak Jabatan Insolvensi, kami masih belum menerima surat rasmi mengenainya daripada DUN Kedah.

“Dalam apa jua keadaan sekalipun, seseorang yang diisytiharkan bankrap itu seharusnya tampil memberi kerjasama dengan Jabatan Insolvensi supaya pentabiran kebankrapan dapat diuruskan dengan berkesan.

“Keberkesanan sesuatu pentabiran kebankrapan bagi seseorang yang sudah diisytiharkan muflis adalah kerjasama penuh daripada mereka,” katanya lagi.

Beliau menambah, Syed Sobri sepatutnya bertindak mengikut prosedur berbanding membuat kenyataan kepada media bagi memaklumkan pengisytiharan beliau sebagai seorang muflis.

“Kita tidak akan membuat pengumuman mengenai status kebankrapan Syed Sobri sekiranya ia benar.

Dalam pada itu, Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail yang dihubungi mStar Online pada Khamis berkata, beliau tidak dapat mengesahkan sama ada surat sudah dihantar kepada Jabatan Insolvensi berhubung status Syed Sobri.

“Jika hendak diikutkan, sepatutnya Setiausaha Dewan (Mohd Yusri Md Daud) akan menghantar surat itu kepada Jabatan Insolvensi semalam (Rabu).

“Tetapi, sehingga hari ini, saya sibuk dengan urusan di luar. Jumaat dan Sabtu pula hari cuti mingguan di Kedah. Kena tunggu Ahad, mungkin tahu pengesahan dan keputusannya,” kata beliau.

Abdul Isa sebelum ini menyatakan beliau masih belum dapat membuat sebarang keputusan berhubung tindakan yang akan diambil terhadap Syed Sobri kerana DUN Kedah perlu menunggu laporan daripada Jabatan Insolvensi.

Abdul Isa berkata, sekiranya sah telah muflis sejak Disember lepas, Syed Sobri perlu memulangkan elaun wakil rakyat yang diterimanya bagi Januari, Februari dan Mac tahun ini.

Beliau berkata, ini kerana menurut peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri, setiap wakil rakyat yang diisytiharkan muflis akan terlucut jawatannya secara automatik.

Syed Sobri dilaporkan berkata, hutang itu adalah sebahagian daripada pinjaman RM50 juta yang dibuat pada 1998 untuk membolehkan syarikatnya Kulim Enterprise Sdn Bhd, disenaraikan di papan kedua Bursa Saham Malaysia pada masa itu.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan