SPRM Akan Ambil Tindakan Ke Atas Syarikat Yang Pekerjanya Terlibat Rasuah

Diterbitkan: Khamis, 5 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengenakan tindakan terhadap syarikat yang pekerjanya terlibat dalam perbuatan rasuah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata, langkah itu sejajar dengan 'Ikrar Integriti Korporat' (CIP) yang diperkenalkan pada Mac tahun lepas.

"Kita sudah berbincang dengan Jabatan Peguam Negara mengenai tanggungjawab korporat ini dan sekiranya diluluskan kita akan laksanakan sungguhpun memerlukan proses yang panjang.

"Cadangan ini boleh dilaksanakan kerana kita tahu ada individu yang terlibat memberi rasuah daripada wang yang diberi syarikat tetapi tiada tindakan dikenakan ke atas syarikat terbabit," katanya kepada pemberita, di sini Khamis.

Beliau sebelum itu merasmikan seminar sehari 'Pembinaan Menjana Pembangunan Integriti anjuran bersama Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), SPRM dan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia.

Abu Kassim berkata menerusi CIP, setiap badan korporat harus mempunyai sistem kawalan dalaman dan pengurusan syarikat bagi memerangi rasuah pada kalangan pekerja mereka.

"Setakat ini 70 badan korporat telah menandatangani ikrar ini (CIP), dan saya yakin dengan adanya dasar yang jelas mengenai rasuah dalam badan korporat maka usaha kerjaan untuk memerangi rasuah secara besar-besaran dapat dilaksanakan dengan jayanya," katanya.

Terdahulu semasa berucap, Abdu Kassim berkata penglibatan 'orang tengah' dalam sektor pembinaan turut menyumbang kepada gejala rasuah.

Katanya penglibatan orang tengah atau 'consultant' itu tidak perlu kerana syarikat boleh berurusan sendiri terutama dalam mendapatkan sesuatu projek. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan