SPAD Kaji Industri Teksi Bagi Pertingkat Kualiti

Diterbitkan: Khamis, 5 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sedang menjalankan kajian menyeluruh terhadap industri teksi bagi mempertingkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan teksi di negara ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata kajian yang dinamakan sebagai Pelan Penambahbaikan Teksi itu merangkumi beberapa aspek yang akan diberi tumpuan.

"Aspek itu ialah menentukan tahap keseimbangan di antara permintaan dan penawaran perkhidmatan serta mengenal pasti potensi penggabungan kelas lesen bagi memastikan tahap penggunaan teksi yang optimum.

"Mewujudkan mekanisme atau kaedah khas bagi menyemak dan meneliti kadar tambang yang boleh digunapakai serta mewujudkan pangkalan data yang lengkap bagi pemandu teksi," katanya dalam jawapan bertulis pada persidangan Dewan Rakyat di sini Khamis.

Beliau menjawab soalan R. Sivarasa (PKR-Subang) yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang membatalkan semua permit teksi yang diberi kepada syarikat-syarikat secara berkelompok dan menawarkan permit teksi hanya kepada individu yang membawa teksi.

Ahmad Maslan berkata aspek lain ialah mengenal pasti penggunaan teknologi yang bersesuaian seperti skrin infotainment, sistem pengesanan kedudukan (GPS) dan WiFi bagi memastikan tahap kecekapan operasi teksi.

Beliau berkata ia turut akan mengenal pasti reka bentuk serta spesifikasi yang sesuai untuk sesebuah kenderaan teksi contohnya untuk kegunaan penumpang Orang Kelainan Upaya (OKU).

"Turut akan dikaji ialah kemungkinan skim perlindungan khas melalui Perkeso atau skim lain bagi menjaga kebajikan pemandu.

"Selain itu, kajian itu turut mengambil kira isu pemberian permit teksi kepada syarikat-syarikat dan pemberian permit teksi kepada individu," katanya.

Beliau berkata laporan kajian itu dijangka selesai pada Oktober 2012 dan akan digunakan untuk membantu SPAD dalam mengenal pasti permintaan dan menentukan penawaran teksi yang optima.

Kerajaan melalui SPAD telah membekukan semua permohonan baru bagi permit teksi bajet dan kereta sewa kepada syarikat mahupun individu mulai 1 Jan 2010, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan