Respon Kepada Usaha Derma Organ Masih Kurang

Diterbitkan: Khamis, 5 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Respon terhadap pendermaan organ masih kurang walaupun pelbagai kempen dilaksanakan Jawantankuasa Bertindak Kesedaran Awam Pendermaan Organ sejak 1997, kata Pengerusinya, Tan Sri Lee lam Thye pada Khamis.

Beliau berkata, tahap kesedaran yang rendah itu boleh dilihat daripada bilangan mereka yang membuat ikrar pendermaan organ iaitu hanya 191,288 orang sejak usaha diperkenalkan di Malaysia kira-kira 15 tahun lepas.

"Daripada bilangan itu, 54.8 peratus adalah kaum Cina, 24.12 peratus India manakala 18.92 Melayu dan bakinya lain-lain," katanya pada sidang berita, di sini, Khamis.

Berikutan itu, katanya, jawatankuasa tersebut akan mengadakan jerayawara di Perlis, Kelantan, Sabah dan Pahang tahun ini untuk memberi pemahaman yang lebih menyeluruh mengenai konsep pendermaan organ.

"Kami mahu memupuk dan mendidik kesedaran terutamanya di kalangan generasi muda Malaysia mengenai pendermaan organ khususnya pendermaan kadaverik iaitu pendermaan organ selepas meninggal dunia," katanya.

Lee berkata, jawatankuasa itu akan bekerjasama Tentera Udara Diraja Malaysia, Tentera Darat Diraja Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Polis DiRaja Malaysia dalam melaksanakan jerayawara itu.

Selain itu, Lee berkata, jawatankuasa tersebut juga akan menganjurkan seminar mengenai fatwa pendermaan organ tahun ini.

"Kami akan mendapatkan kerjasama mufti-mufti negeri pada seminar itu. Kami mahu orang ramai khususnya umat Islam memahami kepentingan pendermaan organ," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan