"Preve" Nama Model Terbaharu Proton

Diterbitkan: Khamis, 5 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sisi tepi Proton Preve
Sisi tepi Proton Preve

PUTRAJAYA: Proton Holdings Bhd memilih "PREVE" sebagai nama model kereta terbaharunya, bagi menarik perhatian pasaran tempatan dan global.

Pengarah Urusan Kumpulan Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata nama baharu model itu, yang sebelum ini dikenali dengan nama kod P3-21A, bermaksud bukti, atau telah terbukti, kepada dunia bahawa Proton mampu mengeluar kereta yang memenuhi spesifikasi ketat global.

"Kami mahu menjadi pembuat kereta global dengan penampilan global, pemikiran global dan yang nyat,a memerlukan nama yang menunjukkan tahap syarikat itu hari ini dan ke mana arah tujunya di peringkat dunia.

"Oleh itu, kami memilih nama PREVE, yang juga untuk mengetengahkan syarikat itu setelah 27 tahun berada dalam industri automotif," katanya pada sidang media di sini, Rabu.

Media juga diberikan peluang untuk menguji pandu keerta baharu itu sejauh 156 kilometer.

Syed Zainal Abidin berkata PREVE mampu menjana margin keuntungan yang lebih tingi dengan julat harga antara RM62,000-RM75,000, bergantung kepada versi.

Beliau berkata PREVE dijadual dilancarkan bulan ini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Proton memberi keutamaan kepada gaya kereta bagi menarik pengguna global manakala model-model sebelumnya, lebih disesuaikan untuk persekitaran domestik.

Syed Zainal juga yakin kereta baharu global itu mampu mencatat jualan bulanan sebanyak antara 4,000 dan 4,500 unit.

Beliau juga yakin PREVE akan terbukti menarik pembeli luar negara, dan untuk itu Proton sedang menguji kereta itu untuk jualan di Asia Tenggara, Australia dan Timur Tengah.

Proton memberi perhatian terhadap ciri-ciri keselamatan, termasuk mengukuhkan badan kereta, kelajuan dan penggunaan minyak, aksesori, selain sistem pengendalian, dalam membangunkan kereta global. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan