Pertukaran Mykad Struktur Baru Tidak Diwajibkan - KDN - Berita Semasa | mStar

Pertukaran Mykad Struktur Baru Tidak Diwajibkan - KDN

Diterbitkan: Khamis, 5 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pertukaran kepada MyKad struktur baru adalah tidak diwajibkan, demikian menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN), Rabu.

Ketua Setiausaha KDN Tan Sri Mahmood Adam berikutan itu, MyKad lama sah diguna pakai untuk berurusan di semua agensi berkaitan.

"KDN ingin menjelaskan kepada orang ramai bahawa pertukaran MyKad struktur baru adalah tidak diwajibkan. Ia merupakan pelaksanaan berterusan tanpa tarikh tutup," katanya dalam satu kenyataan, Rabu.

Beliau berkata KDN menerusi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaksanakan pengeluaran MyKad struktur baru pada 3 Jan lepas, yang mendapat sambutan mendadak sehingga tiga kali ganda daripada orang ramai.

Purata permohonan yang diterima adalah sebanyak 21,000 permohonan sehari berbanding sebelumnya sebanyak 8,000 permohonan sehari, katanya.

Mahmood berkata sehingga 31 Mac lepas, sebanyak 1,516,126 permohonan diterima namun berlaku kelewatan dalam pengeluaran MyKad.

"Kemampuan untuk menyiapkan MyKad pada masa kini ialah 8,000 sehari berbanding permohonan yang mencecah 21,000," katanya.

Berikutan itu, katanya KDN dan JPN telah mengambil langkah mengatasi masalah itu dengan mendapatkan bekalan tambahan kad mentah mencukupi, mengadakan rundingan bagi mendapatkan bekalan tambahan mesin mencetak MyKad struktur baru dan melantik pegawai serta kakitangan tambahan untuk kerja-kerja pencetakan.

"Melalui usaha ini, JPN dijangka dapat menyelesaikan sepenuhnya tunggakan cetakan MyKad struktur baru sebanyak 419,078 kad pada Julai ini," katanya sambil memohon maaf di atas kelewatan pengeluaran MyKad struktur baru itu. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan