Koh Enggan Ulas Kedudukan Senator

Diterbitkan: Khamis, 5 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon masih enggan mengulas mengenai kedudukannya sebagai Senator yang akan tamat tempoh minggu depan.

Beliau yang juga Presiden Gerakan berpendirian adalah tidak wajar untuk mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga tarikh sebenar tiba.

"Saya tak fikir wajar bagi saya membuat sebarang komen sehingga hari berkenaan...untuk membuat sebarang kenyataan ketika ini," katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai perkara itu di lobi Parlimen di sini, Khamis. Dr Koh mengangkat sumpah sebagai Senator pada 9 April 2009 bersama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, dan tempoh tiga tahun jawatan itu dijadual berakhir Ahad ini.

Ditanya sama ada beliau sedia melepaskan jawatan menteri, Koh berkata: "Boleh kita tunggu hingga hari berkenaan, dan saya akan berikan komen," katanya.

Sebelum ini Shahrizat mengumumkan akan meletak jawatan sebagai menteri berkuatkuasa pada tarikh tersebut. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan