Kerajaan, SPR Kaji Penambahbaikan Proses Pilihan Raya - Najib

Diterbitkan: Khamis, 5 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PHNOM PENH: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengkaji kesemua 22 perakuan yang dibuat oleh Jawatankuasa Kabinet Mengenai Penambahbaikan Proses Pilihan Raya yang diluluskan oleh Dewan Rakyat semalam.

Perdana Menteri berkata kerajaan juga mahukan satu proses pilihan raya yang bersih dan adil kerana ia tidak mahu dipilih berdasarkan apa-apa penipuan.

"Tiada apa yang hendak kita disembunyikan," katanya kepada wartawan Malaysia selepas menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-20 di sini yang berakhir Rabu.

Najib berkata beliau hairan kenapa pembangkang menimbulkan kekecohan apabila laporan jawatankuasa itu dibentangkan di Dewan Rakyat semalam sedangkan terdapat wakil-wakil mereka dalam jawatankuasa yang menyediakan laporan berkenaan.

"Mereka bersetuju dengan laporan itu semasa jawatankuasa itu menyediakan laporannya," kata beliau.

Antara cadangan jawatankuasa itu ialah supaya pilihan raya umum diadakan sekurang-kurangnya selepas empat tahun dari pilihan raya sebelumnya, dan supaya warga negara yang mencapai usia 21 tahun didaftar secara automatik sebagai pengundi.

Najib juga berkata beliau telah meminta Naib Presiden Indonesia Boediono Pose, yang hadir ke Sidang Kemuncak di sini, supaya menyampaikan hasratnya kepada Presiden Susilo Bambang Yudhoyono agar Malaysia dan Indonesia mencapai kata sepakat mengenai isu pembantu rumah dari Indonesia ekoran laporan bahawa negara itu mahu mengenakan syarat supaya pembantu rumah Indonesia dibayar RM700 sebulan untuk melakukan hanya satu jenis pekerjaan.

Sejak Jun 2009, Indonesia tidak lagi membenarkan rakyatnya bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia ekoran dakwaan berlaku penderaan oleh majikan.

Larangan itu ditarik balik pada November tahun lepas.

Mengenai tindakan Kemboja melarang rakyatnya bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia sejak Oktober tahun lepas juga dengan alasan mereka ini didera oleh majikan, Najib berkata beliau akan membangkitkan perkara itu dalam perbincangannya dengan Perdana Menteri Kemboja Hun Sen petang ini. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan