Kerajaan Serius Tingkatkan Pendapatan Rakyat Dua Kali Ganda

Diterbitkan: Khamis, 5 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Kerajaan Barisan Nasional (BN) serius dan komited untuk menjadikan Malaysia negara dengan pendapatan rakyat meningkat dua kali ganda kepada US$19,000 atau hampir RM60,000 setahun pada tahun 2020, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata bagi mencapai matlamat itu kerajaan BN tidak akan membebankan rakyat dengan pelbagai kenaikan kos sebaliknya memberi jaminan akan menunaikan janji yang dibuat.

"Kerajaan BN sentiasa memikirkan cara, usaha dan pelbagai bantuan bagi membantu rakyat malahan Belanjawan 2012 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak banyak menyentuh kepentingan rakyat.

"Dalam masa lapan tahun lagi, sasaran pendapatan mesti meningkat dua kali ganda," katanya ketika berucap pada perjumpaan khas Timbalan Perdana Menteri bersama peniaga kecil dan pemandu teksi seluruh Kedah di Padang Awam, Taman Ria, di sini Khamis.

Kira-kira 1,500 orang antaranya Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah, Pengerusi Tekun, Suraya Yaacob, Penyelaras Parlimen Merbok, Datuk Tajul Urus Md Zain dan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kedah, Datuk Azmi Lateh, hadir pada perjumpaan itu.

Muhyiddin yang dalam rangka lawatan sehari ke Kedah turut bersarapan pagi bersama masyarakat yang menghadiri perjumpaan tersebut.

Beliau berkata kerajaan tidak boleh terlepas pandang setiap sektor yang menyumbang kepada pembangunan negara kerana banyak lagi usaha perlu dilakukan bagi menjadikan Malaysia negara maju.

Katanya berbilion ringgit telah dikeluarkan sebagai pinjaman mudah kepada rakyat dan banyak lagi program sedang dirangka untuk membantu rakyat menjadi usahawan.

"Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sahaja berjumlah RM1.9 bilion. Empat juta isi rumah mendapat manfaat. Makanlah...ia halal. Doakanlah agar Perdana Menteri umum segera dan banyak lagi bantuan akan gugur," kata Muhyiddin.

Katanya dasar kerajaan BN akan terlaksana lebih berkesan jika rakyat terus memberi sokongan pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Muhyiddin turut mengumumkan bantuan pentadbiran berjumlah RM120,000 kepada 12 buah persatuan pemandu teksi/kereta sewa/limosin di Kedah manakala setiap cawangan persatuan peniaga kecil pula menerima RM10,000.

Sebelum itu wakil pemandu teksi dan peniaga kecil, Zakaria Jaafar ketika berucap berkata pemandu teksi dan peniaga kecil di Kedah menyokong segala usaha baik kerajaan melakukan transformasi ekonomi serta menyalurkan pelbagai bantuan kepada rakyat.

Beliau turut mengemukakan lima usul kepada kerajaan bagi membantu pemandu teksi dan pengusaha kereta sewa.

Antara usul itu meminta kerajaan memastikan Bank Simpanan Nasional (BSN) melaksanakan skim pinjaman pembelian kereta nasional untuk dijadikan teksi dengan mengenakan faedah dua peratus sebagaimana diumumkan Perdana Menteri semasa membentangkan Belanjawan 2012; memanjangkan tempoh lesen kereta sewa/teksi/limosin dari setahun kepada tiga hingga lima tahun; memperbanyakkan stesyen NGV; skim bantuan atau insentif kepad pemandu teksi; serta subsidi RM10,000 kepada pengusaha teksi yang menukar kenderaan baru.- BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan