Kebebasan Bersuara Perlu Ikut Peraturan Ditetapkan - Sultan Pahang

Diterbitkan: Khamis, 5 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Kebebasan bersuara yang dimiliki oleh setiap rakyat di negara ini perlu berlandaskan perlembagaan yang telah ditetapkan, titah Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah.

Baginda bertitah kebebasan bersuara itu termasuklah dalam sesebuah organisasi di mana seseorang ahli dalam organisasi itu boleh bersuara tetapi ia perlulah mengikut undang-undang yang telah digariskan oleh organisasi itu.

Kenyataan baginda itu merujuk kepada Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tan Sri Annuar Musa yang digantung 30 bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak di peringkat nasional dan negeri oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM, Rabu.

Hukuman itu diputuskan selepas jawatankuasa itu mendapati Annuar bersalah membuat kenyataan akhbar berbau negatif mengenai skuad bola sepak negara yang melanggar Artikel 88, Statut FAM edisi 2010-2014 pada 12 Februari lepas.

"Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, perkara ini bukan berkaitan Tan Sri Annuar Musa sahaja tetapi semua rakyat Malaysia.

"Sebagai rakyat Malaysia, kita bebas bersuara tetapi ada hadnya dan perlu mengikut Perlembagaan, tidak boleh buat sesuka hati saja," titah baginda kepada pemberita selepas majlis santapan bersama anggota perkhidmatan awam negeri Pahang di sini, malam Rabu.

Ketika ditanya mengenai hukuman yang dikenakan ke atas Annuar itu, Sultan Ahmad Shah yang merupakan Presiden FAM bertitah bahawa tidak mengetahuinya kerana tidak berada di dalam negara.

"Saya tidak tahu (hukuman) itu kerana tidak dimaklumkan mengenainya dan saya berada di Singapura," titah baginda.

Pengerusi Jawatankuasa FAM, Datuk Taufik Abdul Razak berkata, hukuman tersebut berkuatkuasa semalam (Rabu) dan Annuar tidak dibenarkan terlibat dalam sebarang aktiviti badan induk bola sepak negara, serta aktiviti Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) di mana beliau adalah Presiden.

Mengikut peraturan FAM hanya Presiden dan Setiausaha Agungnya sahaja yang boleh memberi komen berkenaan skuad kebangsaan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan