Jangan Desak SPR - Nazri

Diterbitkan: Khamis, 5 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak seharusnya didesak, sebaliknya diberikan ruang dan masa untuk meneliti kesemua syor Jawatankuasa Pilihan Khas Penambahbaikan Pilihan Raya (PSC) sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, justeru semua pihak termasuk pembangkang diingatkan agar tidak memaksa SPR dan kerajaan untuk melaksanakan syor PSC sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

"SPR sentiasa mengambil baik semua syor yang dikemukakan justeru terpulang pada SPR untuk mengambil tindakan terhadap laporan yang telah dibentangkan.

"PSC baru sahaja dua hari diluluskan makanya semua pihak perlu bersabar kerana apa yang SPR rasa mereka boleh laksanakan, mereka tentu akan terus melaksanakan dengan segera," katanya di Dewan Rakyat di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) yang bertanyakan mengenai maklum balas SPR dan kerajaan berhubung syor PSC itu pada sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2011) 2012 berkaitan JPM.

Ketika didesak oleh M.Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) yang mencelah sama ada Mohamed Nazri boleh menjamin bahawa syor PSC akan dilaksanakan sebelum pilihan raya akan datang, beliau menjawab: "Saya tidak boleh jamin itu kerana ia bukan di bawah kuasa saya".

Katanya, tidak wajar untuk mana-mana pihak memaksa kerajaan supaya memenuhi hasrat mereka kerana ia bukan sesuatu yang menjadi amalan di negara ini.

"Apabila sesuatu kuasa khusus itu diberi kepada Perdana Menteri, kita tidak boleh anggap bahawa Perdana Menteri juga boleh lakukan perkara lain dan mengeluarkan arahan apa sahaja yang beliau mahu," katanya.

Mohamed Nazri berkata, situasi ini juga jelas membuktikan SPR bukan ejen kerajaan seperti didakwa pembangkang kerana sebagai sebuah negara demokrasi, SPR hanya melaksanakan apa yang diluluskan oleh Dewan Rakyat.

Dalam pada itu, beliau berkata, kesemua Anggota Parlimen masih berpeluang untuk mengemukakan kemusykilan mereka berhubung perkara berbangkit mengenai proses pilihan raya, terus kepada SPR.

Beliau berkata, satu pertemuan akan diadakan pada 16 April depan yang dihadiri antaranya oleh Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR bagi menjawab segala soalan yang berbangkit.

"Semua Anggota Parlimen boleh mengutarakan apa jua soalan mengenai pilihan raya termasuk PSC pada pukul 1 tengah hari hingga semua berpuas hati," katanya.

Katanya, tidak wujud soal monopoli apabila akhbar arus perdana sering melaporkan aktiviti kerajaan terutamanya Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri kerana itu adalah liputan yang mempunyai nilai berita.

"Beliau adalah Perdana Menteri maka pihak akhbar sendiri berasakan aktiviti beliau perlu dibuat liputan dan tidak wujud monopoli kerana ia atas kehendak akhbar sendiri," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan