Buku Kecil Menyingkap Kepentingan Institusi Diraja Mula Diedar 11 April - Berita Semasa | mStar

Buku Kecil Menyingkap Kepentingan Institusi Diraja Mula Diedar 11 April

Diterbitkan: Khamis, 5 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan akan mula mengedarkan buku kecil khas mengenai institusi diraja mulai 11 April, sempena pertabalan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14, kata menterinya, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata buku itu penting bagi mencetus semangat kenegaraan dan kesetiaan rakyat terhadap raja dan negara.

Katanya pelbagai maklumat dan penerangan tentang kepentingan kewujudan sistem raja berperlembagaan di negara ini akan dimuatkan dalam buku kecil itu.

"Kita mengambil langkah ini kerana kita mendapati walaupun institusi diraja Yang di-Pertuan Agong itu tertinggi di Malaysia, ramai pihak mengambil sikap 'take for granted' (ambil mudah)," katanya kepada pemberita selepas ditemubual stesyen radio nasional.fm di Angkasapuri di sini, Khamis.

Ini merupakan kali pertama buku kecil seumpamanya diterbitkan dan sebagai permulaan, 50,000 naskah akan diedarkan di sekolah, ketua-ketua masyarakat serta agensi setempat. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan