Bantahan Pembangkang Terhadap Laporan PSC Satu Muslihat Politik - Muhyiddin

Diterbitkan: Khamis, 5 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GURUN: Parti-parti pembangkang sepatutnya menerima dan akur dengan laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Penambahbaikan Proses Pilihan Raya yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dua hari lepas kerana wakil mereka turut terlibat dalam jawatankuasa itu, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata jawatankuasa itu ditubuhkan untuk mencari penyelesaian kepada beberapa perkara yang berkaitan dengan sistem pilihan raya di negara ini sebagaimana yang dikehendaki pembangkang juga.

"Ini dibuat secara teratur menerusi penubuhan jawatankuasa khas parlimen, bukan jawatankuasa biasa. Ia dibentuk atas kuasa parlimen," katanya kepada pemberita selepas perjumpaan khas bersama pemimpin peladang seluruh Kedah di Kilang NPK Fertilizer Sdn Bhd di sini Khamis.

Katanya beliau hairan dengan tindakan pembangkang yang menimbulkan kekecohan berikutan pembentangan laporan itu, kerana wakil mereka turut menyertai jawatankuasa itu bersama-sama ahli yang lain, yang akhirnya jawatankuasa itu mempersetujui 22 perkara.

"Tapi bila masuk Parlimen mereka buat hal, nak ada 'minority report'. Tak pernah berlaku dalam sejarah kita ikut sistem British ini ada 'minority report'. Kalau ada report, itulah saja reportnya. Report itu atas keputusan bersama.

"Mereka (wakil pembangkang) dalam jawatankuasa itu, bila bentangkan, mereka sendiri tak setuju...nak buat demonstrasi dan sebagainya. Itu muslihat politik," katanya.

Katanya laporan yang dibentangkan oleh pengerusi jawatankuasa berkenaan Datuk Dr Maximus Ongkili mengandungi 22 perkara yang mencakupi pelbagai hal dan tidak terbatas kepada tuntutan pihak pembangkang sahaja.

"Lebih luas daripada itu, itu semua untuk menambah baik. Soal pokok yang rakyat perlu lihat siapa yang benar-benar ikhlas nak cari penambahbaikan. Sebelum ini ada beberapa cadangan telah dibuat dan diterima oleh SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya). Kita terbuka dan memang ikhlas, dan itu yang dibentangkan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan