Polis Pelancong Akan Tampil Sebagai Unit Polis Elit

Diterbitkan: Rabu, 4 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis Pelancong yang ditugaskan di kawasan 'Golden Triangle' di sini akan tampil sebagai unit polis elit yang cekap berkomunikasi dengan pelancong asing, selain menjalankan tugas biasa kepolisan.

Mengumumkan demikian, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata, ini adalah salah satu usaha bagi mewujudkan status antarabangsa bagi pasukan polis negara ini, dan Kuala Lumpur akan menjadi perintis program tersebut.

Untuk itu, kata beliau, polis pelancong yang kini berjumlah kira-kira 100 orang perlu mempunyai kemampuan untuk berkomunikasi lebih dari dua bahasa.

"Sebagai contoh, pada bulan Jun hingga Ogos kita banyak terima pelancong dari Timur Tengah, oleh itu kita hendak sebilangan polis pelancong boleh berkomunikasi dalam bahasa Arab," katanya.

"Untuk mereka dilihat lebih elit, mereka harus mempunyai kualiti pendidikan akademik, serta mempunyai latihan seperti latihan berbahasa," katanya dalam program bual bicara bersama Bernama Radio24 'Dalam Radar', di sini, Rabu.

Beliau berkata langkah ini juga akan dapat memastikan pelancong diberi kawalan keselamatan yang memuaskan.

Mengenai 'konsep Bandar Selamat', Mohmad berkata sudah tiba masanya kerjasama pihak polis dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa diadakan untuk menetapkan satu 'Standard Operating Procedure' (SOP) bagi pemasangan Kamera Litar Tertutup (CCTV).

"Masalah sekarang ialah walaupun CCTV sudah dipasang di premis-premis seperti bank, kedai emas, namun kesedaran masyarakat awam mengenainya masih rendah, dimana mereka tidak menyelenggara kamera tersebut dengan baik.

"Ini menyebabkan bila berlaku sesuatu kes, siasatan sukar dijalankan kerana CCTV tidak berfungsi," katanya.

Mengenai jumlah anggota polis di Kuala Lumpur, katanya untuk mencapai taraf kepolisan antarabangsa, nisbah yang ideal ialah 1:300 hingga 1:500, sedangkan nisbah kini ialah 1:1,500.

"Dengan bantuan kereta peronda (MPV) dan motosikal yang mencukupi, kita rasa nisbah tersebut tidak menjadi masalah," katanya.

Beliau berkata, di Kuala Lumpur hanya terdapat kira-kira 8,000 anggota polis dan diharapkan apabila program kepolisan bertaraf antarabangsa tercapai jumlah tersebut akan meningkat kepada lebih 10,000. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan