PAS Mahu Suruhanjaya Diraja IC Ditubuh Sebelum PRU-13

Diterbitkan: Rabu, 4 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: PAS mahu Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat pemberian kad pengenalan (IC) kepada warga asing ditubuhkan secepat mungkin sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, penubuhan Suruhanjaya Diraja itu penting bukan sahaja di Sabah tapi seluruh negeri bagi menyiasat isu pemberian kad pengenalan palsu kepada warga asing seterusnya didaftarkan menjadi pengundi pilihan raya.

Beliau berkata, penubuhannya perlu segera dibuat memandangkan wujud dakwaan satu badan bertindak yang mengendalikan projek pemberian kad pengenalan kepada warga asing.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena mendakwa antara individu yang terlibat adalah Setiausaha Majlis Keselamatan Negara, Datuk Tajuddin Wahab, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

"Ini dakwaan serius kerana saya anggap seperti menjual negara kepada rakyat asing.

"Mereka takut untuk menghadapi kebangkitan rakyat jadi dengan membawa warga asing ini dapat memastikan mereka mengundi kerajaan" katanya kepada pemberita di lobi Parlimen pada Selasa.

Beliau berkata, sekiranya dakwaan ini berlaku, hak rakyat akan dikuasai warga asing malah masa depan negara turut ditentukan warga asing.

"Suruhanjaya Diraja ini sangat penting dan perlu dibentuk segera dan laporan dikemukakan sebelum PRU-13... sebelum laporan dikemukakan kepada orang awam, PRU-13 tak boleh diadakan sama sekali," tegasnya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan