Najib Berlepas Pulang Selepas Menghadiri Sidang Kemuncak Asean

Diterbitkan: Rabu, 4 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PHNOM PENH: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berlepas pulang malam Rabu selepas menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-20 selama dua hari, di sini.

Najib diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor berlepas dari Lapangan Terbang Phnom Penh, di sini, pada pukul 8.55 malam (waktu Malaysia: 9.55 malam)

Pada sidang kemuncak itu, Najib turut menyertai pemimpin Asean lain dalam mesyuarat bersama wakil Perhimpunan Antara Parlimen Asean, wakil Organisasi-organisasi Masyarakat Awam dan wakil-wakil belia, di sini, semalam.

Najib dan Rosmah turut membuat kunjungan hormat terhadap Raja Kemboja King Norodom Sihamoni di Royal Palace, semalam.

Najib yang genap tiga tahun menjadi perdana menteri semalam, diberi kejutan dengan hadiah sebiji kek oleh kakitangan Pejabat Perdana Menteri dan semua rakyat Malaysia yang terlibat dalam sidang kemuncak itu, malam tadi.

Perdana Menteri bersama pemimpin-pemimpin Asean menyertai sesi Permukiman Sidang Kemuncak itu dan sesi rumusan di Peace Palace, di sini, Rabu.

Najib juga menghadiri Sidang Kemuncak Keenam Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) dan Sidang Kemuncak Kelapan Kawasan Pertumbuhan Asean Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) di sini.

Beliau mengakhiri lawatan kerjanya dengan menyampaikan ucaptama pada Forum Kepimpinan Asean Ke-9 di sebuah hotel di sini. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan