Bersih 3.0 Akan Diadakan 28 April Ini

Diterbitkan: Rabu, 4 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada Rabu mengumumkan akan mengadakan perhimpunan Bersih 3.0 dengan slogan ‘Duduk Bantah’ di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 28 April ini.

Bersih mengumumkannya menerusi satu kenyataan pada Rabu.

Keputusan tersebut diumumkan sehari selepas laporan akhir Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi penambahbaikan proses pilihan raya diluluskan oleh Dewan Rakyat pada Selasa.

Laporan akhir yang dibentangkan oleh PSC mencadangkan sebanyak 22 cadangan bagi memperbaiki perjalanan sistem pilihan raya di negara ini.

Bagaimanapun hanya 18 daripada 22 cadangan tersebut diterima oleh semua ahli jawatankuasa PSC.

Perhimpunan Bersih sebelum ini iaitu Bersih 2.0 diadakan pada 9 Julai tahun lalu dihadiri berpuluh-puluh ribu rakyat yang menuntut lapan perkara berkaitan dengan penambahbaikan sistem pilihan raya agar dilaksanakan.

iklan

Video

Selasa, 25 Julai 2017 3:00 PM

Aaron Abdul Iras Sudirman?

Selasa, 25 Julai 2017 12:00 PM

Eyka Farhana Diusik Minta Nombor Telefon

Selasa, 25 Julai 2017 9:00 AM

Tauke Jambu Tak Sabar Naik Pelamin

Isnin, 24 Julai 2017 12:03 PM

Lantaklah! Ahya Memang Suka Tayang Badan

Isnin, 24 Julai 2017 9:00 AM

#BiziBody: Risteena Dah Nak Kahwin?

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Kolumnis

iklan

Iklan