ADUN Kuala Nerang Muflis

Diterbitkan: Rabu, 4 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim berkata, beliau diisytiharkan muflis selepas gagal menyelesaikan hutangnya dengan sebuah bank tempatan sebanyak RM8 juta.

Syed Sobri yang merupakan Naib Ketua Umno Bahagian Padang Terap berkata, hutang itu merupakan sebahagian daripada pinjaman RM50 juta yang diambil pada tahun 1998 bagi membolehkan syarikatnya, Kulim Enterprise Sdn Bhd disenaraikan pada papan kedua Bursa Saham Malaysia ketika itu.

Beliau yang menjelaskan situasi berkenaan kepada 300 anggota dan pemimpin parti di kediamannya di sini pada Selasa berkata, syarikatnya gagal disenaraikan dan beliau terpaksa menanggung hutang tersebut ekoran krisis ekonomi.

Beliau menambah, beliau diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Disember tahun lalu.

Syed Sobri berkata, beliau akan berjumpa dengan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berhubung perkara itu dan para pemimpin Umno juga akan dimaklumkan mengenainya.

Di bawah Perkara 47(1)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan negeri Kedah menyatakan seorang anggota Dewan Negeri akan hilang kelayakannya sekiranya tidak dikeluarkan status muflis.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Syed Sobri yang bertanding buat pertama kali telah menewaskan calon PAS Zawawi Ahmad dengan majoriti 805 undi. - Bernama

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan