24 Kenderaan Rakyat Malaysia Masih Terkandas Di Tempat Kejadian Bom Hat Yai

Diterbitkan: Rabu, 4 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Sebanyak 24 kenderaan milik rakyat Malaysia masih terkandas di tempat letak kereta bawah tanah di Hotel Lee Garden Plaza, yang terbabit dalam pengeboman di Hat Yai, Selatan Thailand Sabtu lepas.

Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Mohd Aini Atan berkata kenderaan terbabit, yang sebahagiannya turut terkena letupan bom itu, perlu diambil oleh pemilik atau saudara mara mereka.

"Kereta-kereta itu masih di sana, jadi jika pemilik mahu mengambilnya mereka perlu berjumpa kami segera sebelum kenderaan-kenderaan itu dialihkan ke lokasi lain oleh pihak berkuasa Thailand," katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah di sini, Rabu.

Malam tadi beliau mengiringi mangsa kejadian pengeboman di Hat Yai, Lew Kim Lai, 39, dan isterinya Lim Hock Bee, 37, yang dibawa dari Hospital Songkhla Nagarind di Hat Yai ke HSB menerusi misi Kelab Putera 1Malaysia.

Lew mengalami 70 peratus kesan terbakar di seluruh badan manakala Lim teruk terbakar di muka. Kedua-dua mereka yang berasal dari Kuala Kedah dimasukkan ke unit terbakar HSB.

Mohd Aini berkata pemilik kenderaan atau saudara-mara mereka perlu membawa dokumen berkaitan yang sah untuk membuktikan kenderaan itu milik mereka.

"Jika dokumen itu musnah atau hilang dalam kejadian bom itu, mereka perlu membuat laporan dengan kami supaya kami dapat mengambil tindakan yang perlu untuk membantu mereka," katanya.

Beliau berkata pejabat Konsul Malaysia juga akan memantau satu lagi pasangan suami isteri dari Malaysia iaitu Ooi Fook Chuan, 33, dan Wong Sze Ee, 32, dari Butterworth, yang mahu kekal mendapatkan rawatan di Hospital Songkhla Nagarind.

Mereka berada di tempat letak kereta ketika kejadian itu dan terhidu asap tebal. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan