Video Murtad: Kehadiran Saya Tidak Penting - Dr Rani

Diterbitkan: Selasa, 3 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman menegaskan soal murtad merupakan isu besar tetapi menyifatkan tidak penting bagi beliau untuk hadir melihat sendiri video yang didedahkan Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.

"Kita ada peruntukan perlembagaan. Isu tersebut terletak di bawah bidang kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

"Kenyataan saya ini telah disalah tafsir oleh beliau (Hasan). Saya pun tidak pernah halang mana-mana ahli PAS yang nak pergi...cuma saya terikat dengan pelbagai program yang lebih penting," katanya kepada mStar Online, Selasa.

Beliau berkata demikian bagi memperjelaskan dakwaan Hasan yang menyifatkan beliau sebagai ketua parasit di Selangor kerana memandang rendah gejala murtad yang semakin meruncing, seperti yang dilaporkan media pada Selasa.

Dr Rani yang dipetik Sinar Harian pada Isnin sebagai berkata, melihat isu pendedahan video murtad sebagai isu kecil dan tidak penting.

Sebaliknya jelas Dr Rani, PAS sentiasa menyokong apa jua usaha untuk membendung gejala murtad yang didakwa semakin meruncing di negara ini.

Malah, katanya, PAS mahupun sesiapa saja termasuk Umno perlu bekerjasama tanpa mengira fahaman politik dalam menangani masalah tersebut.

"Jika beliau ada bukti mengenai isu murtad, saya minta beliau serahkan video tersebut untuk diteliti Jais mahupun Mais untuk tindakan susulan.

"Sebagai seorang yang profesional, beliau wajib serahkan video itu...tetapi kenapa sekarang baru nak bangkitkan isu tersebut. Kenapa tidak dilakukan semasa jadi Exco dulu," katanya.

Mengenai kenyataan Hasan yang menyifatkan beliau sebagai ketua parasit, katanya: "Saya tak nak layan kenyataan beliau. Apa yang saya lihat ia lebih kepada serangan berunsur peribadi. Namun jika dia hentam PAS, saya akan mempertahankan maruah parti."

Pada Isnin, Hasan Ali mendedahkan dua rakaman video pengakuan beberapa individu yang mendakwa pernah dimurtadkan oleh gerakan Kristianisasi yang bergerak aktif di negara ini.

Video itu, masing-masing dengan durasi selama 16 minit dan 42 minit, dipertontonkan kepada wakil media di kediaman beliau di Kuala Lumpur.

Video berjudul 'Murtad' itu memaparkan audio-visual temu bual pasangan suami isteri yang mendakwa pernah menjalani upacara masuk agama lain oleh pasangan mubaligh berkulit putih dari sebuah negara asing setelah tertarik dengan tawaran mereka.

Sementara itu, Dr Rani menyarankan agar sukatan pelajaran pendidikan agama Islam di sekolah diperbaiki termasuk melanjutkan tempoh pembelajarannya.

"Bukan saja isu murtad tetapi isu penyalahgunaan dadah dan gejala sosial berpunca dari pegangan agama yang tidak kukuh. Jadi sukatan pelajaran pendidikan agama perlu dipandang serius dalam membendung gejala moral yang semakin meruncing," katanya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan