Produk Halal Boleh Diketahui Melalui HVE Mulai Tahun Depan

Diterbitkan: Selasa, 3 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Status haram atau halal sesuatu produk import boleh diketahui dengan pantas dan berkesan mulai tahun depan melalui sistem Halal Verified Engine (HVE) di laman sesawang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata sistem itu yang dibangunkan oleh jabatan itu dengan Dagang Halal Berhad (DHB) melibatkan kos sebanyak RM3.5 juta, termasuk kos promosi.

Sistem carian HVE itu akan mengandungi maklumat data yang dikumpulkan daripada pakar syariah, dan produk halal yang telah diluluskan oleh Jakim.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dengan DHB untuk mewujudkan HVE itu sempena Forum Halal Sedunia 2012 di sini, Selasa.

Beliau berkata sebelum ini, Jakim telah mewujudkan e-Jakim untuk barangan halal tempatan, dan HVE adalah untuk barangan diimpot.

Othman berkata Jakim juga akan mengkaji semula barangan yang dikategorikan halal oleh 57 buah badan pensijilan halal daripada 32 buah negara bagi memastikan produk-produk itu benar-benar halal.

Sistem itu juga akan mempunyai data mengenai pensijilan halal yang dikeluarkan oleh badan-badan pensijilan halal luar negara khususnya badan yang diiktiraf oleh Jakim, katanya.

Othman berkata HVE juga dapat membantu Jabatan Kastam Diraja Malaysia memantau kemasukan produk luar yang dikatakan halal, selaras dengan Akta Perihal Dagangan 2011, Perintah Perihal Dagangan (Penandaan dan Perakuan Halal) 2012. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan