MTUC Gesa Cadangan Usia Bersara Swasta 60 Tahun Dipercepat

Diterbitkan: Selasa, 3 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa supaya Kementerian Sumber Manusia mempercepatkan usul rang undang-undang mengenai umur persaraan sektor swasta kepada 60 tahun.

Presiden MTUC, Mohd Khalid Atan berkata, kementerian itu tidak seharusnya menangguhkan lagi cadangan tersebut bagi menunggu pembentangan di Parlimen pada Jun ini.

“Perkara ini sudah lama (dituntut). Sudah lama tertangguh. Kenapa perlu menunggu lagi. Ia (cadangan) seharusnya perlu dipercepatkan.

“Kalau boleh, secepat mungkin. Sudah lama juga orang ramai dan para pekerja bertanyakan tentang hal ini,” katanya ketika dihubungi mStar Online, Selasa.

Mohd Khalid mengulas mengenai Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S. Subramaniam pada Isnin dilaporkan berkata cadangan tersebut akan dibentangkan di Parlimen akan datang yang bersidang pada Jun ini.

Usia persaraan dilanjutkan kepada 60 tahun merupakan antara enam tuntutan MTUC sebelum ini terhadap kerajaan bagi membela nasib golongan pekerja.

Cadangan tersebut sudah lama dibuat oleh MTUC malah pernah diusulkan pada tahun 2010 ketika kesatuan itu masih lagi diterajui oleh presiden sebelumnya, Syed Shahrir Syed Mohamud.

Mohd Khalid berkata, cadangan itu seharusnya disegerakan tidak kira pilihan raya umum akan datang diadakan pada Jun atau selepas itu, malah katanya, ia perlu dibentangkan sebelum tempoh berkenaan.

“Jangan tunggu pilihan raya nak dekat, baru nak bentang. Ia sama sekali tidak memberi kesan secara mendalam kepada rakyat (dari segi undi).

“Adalah lebih baik sekiranya dibentangkan cadangan itu lebih awal kerana rakyat sudah lama ternanti-nantinya sejak lama,” katanya lagi.

Pada masa yang sama, Mohd Khalid berharap agar kerajaan turut meneliti cadangan MTUC sebelum ini berhubung tempoh penguatkuasaan undang-undang usia persaraan selepas ia diluluskan.

“Kami pernah mencadangkan supaya tempoh undang-undang dikuatkuasakan adalah enam bulan sebaik sahaja ia diwartakan. Jika cadangan bagi segelintir majikan adalah dua tahun, dianggap terlalu lama,” katanya.

Beliau menambah, keputusan berkenaan tidak dipastikan pada masa ini berikutan kali terakhir MTUC mengadakan perjumpaan dengan kementerian mengenainya adalah dua bulan lalu dan ketika itu perkara tersebut masih belum dimuktamadkan.

“Mungkin ia akan dimaklumkan apabila dibentangkan (di Parlimen) nanti. Apapun, saya berharap kerajaan akan mempertimbangkannya agar menjamin nasib para pekerja,” kata Mohd Khalid.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan