Mara Peruntuk Bantuan Pinjaman RM38 Juta Untuk Peniaga Selangor

Diterbitkan: Selasa, 3 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA SELANGOR: Majlis Amanah Rakyat (Mara) memperuntukkan sebanyak RM38 juta tahun ini sebagai pinjaman kepada peniaga dan penjaja di Selangor berbanding pinjaman berjumlah RM25 juta tahun lepas.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata Mara turut memperuntukkan RM848,500 di bawah program Usahawan Kecil Dinamik (UK Dinamik) kepada 220 usahawan di Selangor.

UK Dinamik bertujuan meningkatkan pendapatan usahawan kecil dari kalangan penjaja dan peniaga kecil selaras dengan hasrat Malaysia menjadi negara pendapatan tinggi.

Memberitahu pemberita selepas merasmikan Program Mesra Rakyat Bersama Komuniti Usahawan Mara Negeri Selangor di sini pada Selasa, beliau berkata bantuan seumpama itu amat diperlukan oleh golongan peniaga dan penjaja yang menghadapi kesukaran mendapat modal pinjaman daripada institusi kewangan.

Di majlis itu, beliau turut menyampaikan cek pembiayaan perniagaan bernilai antara RM3,000 dan RM10,000 seorang kepada 53 orang usahawan di bawah program UK Dinamik.

Mohd Shafie berkata selain daripada modal pinjaman kewangan, kerajaan juga membantu para usahawan dengan menganjurkan pelbagai kursus untuk meningkatkan tahap perniagaan mereka termasuk kursus pengurusan perakaunan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan