Lebih RM30 Bilion Diperuntuk Untuk Subsidi Setiap Tahun - Najib

Diterbitkan: Selasa, 3 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengurusan ekonomi serta hasil secara berhemah telah memungkinkan lebih RM30 bilion diperuntukkan setiap tahun untuk subsidi secara langsung bagi mengurangkan bebanan hidup rakyat, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ia juga memungkinkan hampir RM3 bilion untuk berian terus bagi tahun ini.

"Kerajaan juga komited untuk meneruskan dasar subsidi yang terpilih melibatkan makanan seperti beras, gula, minyak masak dan tepung gandum, hasil petroleum termasuk minyak kereta, diesel dan gas memasak," kata Perdana Menteri ketika berucap pada majlis perlancaran Laporan Tahunan GTP & ETP 2012 di sini malam Isnin.

Najib berkata kerajaan juga memberikan subsidi bil elektrik bagi satu juta isi rumah yang melibatkan bil bernilai RM20 ke bawah.

Bagi tempoh jangka panjang, menyedari bahawa perumahan merupakan komponen terbesar kos sara hidup, kerajaan telah memperkenalkan Skim Perumahan 1Malaysia atau PRIMA untuk membina perumahan mampu milik di kawasan bandar bagi golongan pertengahan, kata beliau.

"Manakala untuk golongan berpendapatan rendah skim seperti Projek Perumahan Rakyat di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan di tingkat giatkan lagi," kata Najib.

Bagi perumahan kawasan luar bandar, Najib berkata, pembinaan rumah yang mencukupi akan diterajui oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

"Kerajaan juga tidak melupakan perumahan bagi golongan nelayan. Bagi tahun 2012, sebanyak RM300 juta telah diperuntukkan di bawah Tabung Khas Perumahan Nelayan untuk membina dan membaik pulih rumah," kata beliau.

Untuk langkah jangka sederhana, kerajaan, kata Najib, telah memperkenalkan beberapa prakarsa bagi mengurangkan tekanan kos hidup antaranya Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia, Menu Rakyat 1Malaysia serta pembekuan kenaikan untuk tempoh lima tahun harga tol di Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuh Raya Pantai Timur serta penghapusan tol di beberapa laluan seperti di Lebuh Raya Cheras-Kajang dan Lebuh Raya Connaught.

"Kerajaan juga baru-baru ini telah mengumumkan kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus bagi 1.4 juta orang kakitangan sektor awam yang telah memanfaatkan hampir empat juta rakyat Malaysia.

"Manakala bagi sektor swasta, saya akan mengumumkan pelaksanaan gaji minimum pada akhir bulan ini," kata Najib.

Antara langkah jangka pendek bersifat "one off" atau sekali sahaja yang telah dilaksanakan bagi 2012 ialah Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BRIM, sebanyak RM500 yang memanfaatkan hampir 4 juta isi rumah negara yang berpendapatan di bawah RM3,000.

"Tidak cukup dengan bantuan BR1M, kerajaan juga memberikan bantuan persekolahan RM100 untuk setiap pelajar sekolah rendah dan menengah.

"Bantuan ini telah memanfaatkan 5.3 juta orang pelajar sekolah seluruh negara," menurut Najib.

Bagi pelajar Institut Pengajian Tinggi dan Tingkatan 6 pula, mereka tidak dilupakan.

"Baucer buku bernilai RM200 telah disediakan yang telah memanfaatkan 1.3 juta orang pelajar.

Semua bantuan ini melibatkan peruntukan hampir RM3 billion," kata Najib. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan