Jaminan Projek MRT Tidak Jejas Pengguna Jalan Raya

Diterbitkan: Selasa, 3 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan sentiasa memastikan pembinaan projek Transit Aliran Massa (MRT) tidak memberi kesulitan yang teruk kepada keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya di kawasan pembinaannya.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Husin berkata, sejak awal perancangan projek itu, Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) diminta memastikan agar pengurusan trafik yang berkesan yang meliputi penilaian kesan trafik.

"MRT turut merangka pelan pengurusan trafik yang komprehensif serta mematuhi keperluan pihak berkuasa tempatan supaya proses pembinaannya dapat diselaraskan dengan cekap dan kesulitan yang berpunca daripada pembinaan MRT dapat diminimumkan.

"Kerajaan memberi perhatian dan keutamaan kepada projek MRT bagi laluan Sungai Buluh dan Kajang demi kepentingan dan keselesaan rakyat terutamanya penduduk kawasan Lembah Klang," katanya ketika menjawab soalan Datuk Ismail Kasim (BN-Arau) di Dewan Rakyat, Selasa.

Ismail ingin tahu tahap pelaksanaan projek MRT setakat ini dan bagaimana proses pembinaannya akan diselaraskan untuk tidak meningkatkan kesesakan yang sedia ada.

Awang Adek berkata, kerajaan sedia maklum bahawa projek MRT merupakan pembangunan infrastruktur berkepentingan rakyat yang akan melibatkan kerja-kerja fizikal di kawasan lalu lintas berkepadatan trafik yang tinggi di sekitar Lembah Klang.

"Potensi masalah yang akan timbul dan ini sesuatu yang perlu dititikberatkan oleh MRT Corp supaya janji kerajaan supaya kerja-kerja ini tidak akan memberi kesulitan kepada penduduk tempatan dan pengguna di kawasan tersebut terjamin," katanya.

Menurutnya, terdapat 86 pakej kerja MRT untuk laluan tersebut sehingga 23 Mac 2012 dengan 27 pakej kerja telah dianugerahkan kepada kontraktor yang layak dan meliputi kerja-kerja awalan seperti pengalihan utiliti dan penyediaan tanah.

"Sebanyak 12 pakej kerja masih dalam pembidaan dan baki 47 pakej kerja belum dibuka untuk pembidaan," katanya.

Awang Adek berkata, apa yang penting, pelan itu mesti diikuti sebaik mungkin dan telah mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan dengan mengambil kira kepentingan awam dan memastikan pelan itu diikuti dengan tepat. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan