21,000 Rumah Daripada 100 Projek Perumahan Terbengkalai Diselesaikan

Diterbitkan: Selasa, 3 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Sebanyak 21,000 unit rumah daripada 100 kes projek perumahan terbengkalai telah pulih dan diselesaikan.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyelesaikan sebanyak 100 projek perumahan terbengkalai antara tahun 2009 dan tahun ini, kata Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Seri Ahmad Kabit.

Terdapat 30,000 unit yang masih belum selesai dalam 67 projek terbengkalai lain.

"Saya berharap Ketua Setiausaha yang baru akan menjadi lebih agresif dalam menangani isu ini," katanya dalam ucapan kepada kakitangan kementerian itu apabila penyerahan tugas kepada penggantinya, Datuk Arpah Abd Razak di sini, Isnin.

Ahmad secara rasmi bersara daripada perkhidmatan awam pada Isnin, selepas berkhidmat dalam kerajaan selama 36 tahun.

Beliau yang berusia 57 tahun merupakan pemegang Ijazah Sarjana dalam Pentadbiran Awam dari University of Southern California, telah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha kementerian itu selama tiga tahun.

Beliau sebelum ini berkhidmat dalam beberapa jawatan di peringkat persekutuan dan negeri, termasuk Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kementerian Penerangan dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor.

Arpah, yang merupakan timbalan kepada Ahmad, akan mengambil alih jawatan itu pada Selasa.

Beliau menyertai perkhidmatan awam pada 1979, dan merupakan pemegang Ijazah Sarjana Sains Perancangan Bandar dan Wilayah dari University of Southern California, Amerika Syarikat.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan