Wisma Putra Tidak Larang Rakyat Malaysia Pergi Ke Thailand

Diterbitkan: Isnin, 2 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

HAT YAI: Kementerian Luar tidak akan mengeluarkan sebarang nasihat perjalanan negatif kepada rakyat Malaysia yang ingin melakukan perjalanan ke Thailand khususnya ke kawasan wilayah selatan negara itu.

Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd Aini Atan berkata walaupun dua kejadian letupan bom berlaku di bandar ini dua hari lepas, kerajaan percaya rakyat Malaysia tahu apa yang perlu dilakukan dalam keadaan seperti itu.

"Kami memutuskan untuk tidak mengeluarkan nasihat perjalanan selepas berbincang dengan panjang lebar. Kejadian di kawasan itu turut menjejaskan kedua-dua negara.

"Sebagai negara jiran, kami percaya dengan pepatah berbunyi 'sahabat yang sebenar sedia menolong sahabatnya yang dalam kesusahan', katanya kepada Bernama di sini, Isnin.

Bagaimanapun, katanya sekiranya rakyat Malaysia ingin melakukan perjalanan ke Thailand, mereka perlu lebih berwaspada dan boleh meminta nasihat dan panduan dari pihak kedutaan.

Mohd Aini berkata beliau bangga dengan kerjasama yang diberikan oleh pihak berkuasa Thailand terhadap warga Malaysia yang menjadi mangsa kejadian letupan itu.

Sementara itu, beliau berkata ketika ini hanya seorang rakyat Malaysia yang disahkan terkorban iaitu Low Thian Hock, 46, yang berasal dari Kulim, Kedah manakala nasib seorang Tan Peng Chan, 39, dari Kuala Kedah, yang gagal dikesan tidak dapat dipastikan.

"Ketika ini ujian DNA telah diambil dari keluarga Tan untuk diperiksa sama ada padan dengan satu mayat yang tidak dapat dikenalpasti. Keputusannya hanya diketahui esok," katanya.

Katanya ketika ini lapan rakyat Malaysia masih menerima rawatan di tiga buah hospital di wilayah itu dengan dua dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Songkhla Nagarind kerana masalah pernafasan. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan