Tidak Perlu Jadikan Sastera Subjek Wajib Di Sekolah - Puad Zarkashi

Diterbitkan: Isnin, 2 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pembelajaran sastera sebagai subjek elektif di sekolah menengah sekarang sudah mencukupi dan tidak perlu diperluaskan sebagai mata pelajaran wajib dalam sistem persekolahan kebangsaan.

Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, selain sebagai subjek elektif di Tingkatan Empat dan Lima, sastera juga didedahkan kepada pelajar sekolah menerusi kokurikulum.

"Buat masa ini, saya tidak nampak keperluannya (untuk diperkenalkan sebagai subjek wajib)," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perbincangan dengan pengurusan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Castlefield di Puchong, di sini Isnin.

Beliau mengulas saranan Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) pada Ahad supaya sastera wajib dipelajari dari peringkat prasekolah sehinga institusi pengajian tinggi.

Mohd Puad berkata, pengenalan subjek itu sebagai mata pelajaran wajib memerlukan kajian terperinci kerana akan melibatkan kos dan perubahan jadual pembelajaran di sekolah. "Bagaimanapun Gapena boleh menghantar kertas cadangan mereka kepada Kementerian Pelajaran," katanya.

Terdahulu, beliau mengadakan perbincangan dengan pengurusan SKJT Castlefield berhubung isu tapak pembinaan bangunan baru sekolah itu di Bandar Puteri Puchong yang turut dituntut pengurusan SJK Cina (SJKC) Kheng Chee.

Beliau memberi jaminan akan membawa isu itu kepada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin secepat mungkin.

Mohd Puad menjelaskan tanah seluas tiga ekar (1.2 hektar) milik Kementerian Pelajaran itu pada asalnya diperuntukkan untuk membina sebuah sekolah kebangsaan, namun telah diluluskan bagi pemindahan SJKC Kheng Chee dari Bentong, Pahang berikutan kekurangan enrolmen pelajar.

Rancangan pembinaan SJKC Kheng Chee di Puchong yang melibatkan kos RM4.5 juta itu membabitkan sebuah blok bangunan dengan 36 bilik darjah.

Bagaimanapun katanya, SJKT Castlefield mendakwa mereka telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pelajaran untuk memindahkan sekolah itu ke tapak berkenaan berikutan lokasi SJKT Castlefield di Batu 11 terlibat dalam jejaran pembinaan Mass Rapid Transit (MRT).

Pengerusi Lembaga Pengelola SJKT Castlefield P.M Nagamuthu berkata pembinaan projek MRT bersebelahan sekolah itu sudah dimulakan dan memasuki kawasan sekolah yang dilihat boleh membahayakan keselamatan muridnya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan