Tarian Tiang: Jangan Hanya Lihat Pada Hukuman Ringan - Jamil Khir

Diterbitkan: Isnin, 2 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

YAN: Hukuman ringan ke atas pesalah kes-kes moral tidak harus dilihat dari aspek hukuman itu saja, tetapi pada keperluan memberi kaunseling pada pesalah, kata Menteri di Jabatan Perdana, Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada Ahad.

Sehubungan itu, katanya, Jabatan Agama Islam Negeri wajar mengambil pendekatan memberi kaunseling kepada mereka yang terlibat kegiatan yang merosakkan moral dan maruah diri supaya dapat dijadikan pengajaran.

Beliau mengulas isu denda RM25 dikenakan Mahkamah Majistret Seremban terhadap tiga wanita beragama Islam yang melakukan aksi menari tiang baru-baru ini.

"Harapan kita masyarakat umat Islam tidak terjebak dalam perkara seperti ini," kata Jamil kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Peringatan Hari Antidadah Peringkat Negeri Kedah di Sekolah Kebangsaan Sungai Dedap dekat sini.

Khamis lepas, tiga wanita beragama Islam didenda RM25 seorang oleh mahkamah berkenaan selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkelakuan kurang sopan dengan melakukan aksi tarian tiang di sebuah pusat hiburan di Nilai pada 24 Mac.

Mereka didenda mengikut Seksyen 21 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM25 atau penjara maksimum 14 hari. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan