Suhakam Mahu Kanak-Kanak Tahanan Imigresen Diberi Kemudahan

Diterbitkan: Isnin, 2 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mencadangkan agar kerajaan menyediakan kemudahan pendidikan, rekreasi dan perkhidmatan kesihatan kepada kanak-kanak warga asing yang ditahan di depot tahanan sementara imigresen.

Cadangan itu sejajar dengan kempen global yang dilancarkan di Geneva pada 21 Mac lepas pada sesi ke-19 Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), bertujuan menghentikan penahanan imigresen bagi kanak-kanak, kata Pesuruhjaya Suhakam, James Nayagam.

Beliau berkata kajian di seluruh negara menunjukkan bahawa kanak-kanak yang ditahan di depot tahanan walaupun untuk tempoh yang singkat, dilaporkan mengalami penderitaan secara psikologi.

"Kanak-kanak ini turut mempunyai kecenderungan membunuh diri terutamanya bagi kanak-kanak perempuan serta berhadapan dengan masalah kesihatan fizikal seperti kehilangan berat badan, trauma dan tekanan mental yang berkekalan," katanya pada sidang berita memgenai kempen global bagi menghentikan penahanan imigresen kanak-kanak di sini, Isnin.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Majlis Peguam, Andrew Khoo, dan Naib Yang Dipertua Majlis Kebajikan Kanak-kanak Malaysia, Datuk Dr Raj Karim.

Nayagam berkata kanak-kanak yang ditahan di depot itu juga merupakan mereka yang melarikan diri daripada penderaan, peperangan dan kemiskinan serta tidak mempunyai sebarang dokumentasi dan kebanyakan daripada mereka tidak diiringi atau telah kehilangan ibu bapa.

"Mereka tidak seharusnya ditahan sebaliknya perlindungan untuk keselamatan serta hak asasi mereka yang perlu diberi keutamaan.

"Alternatif kepada penahanan seharusnya merangkumi peningkatan faktor-faktor yang menyumbang kepada persekitaran yang lebih positif sebagai perlindungan bagi kesihatan mental kanak-kanak ini," katanya.

Nayagam mencadangkan agar kerajaan mengumpul dan menerbitkan data mengikut pecahan bagi kanak-kanak dan keluarga dalam tahanan imigresen dalam usaha untuk mempertahankan hak asasi kanak-kanak berkenaan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan