PSC Pakatan Fail Usul Pinda Laporan Minoriti

Diterbitkan: Isnin, 2 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN KUALA LUMPUR: Anggota Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) Penambahbaikan Pilihan Raya Pakatan pada Isnin memfailkan notis usul untuk meminda laporan PSC bagi membolehkan penyata minoriti dimuatkan ke dalam laporan tersebut.

Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali berkata, penyata minoriti itu mengandungi isu utama mengenai daftar pemilih yang masih belum dibersihkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seperti yang pernah dibangkitkan pihaknya sebelum ini.

Antaranya isu 42,000 pengundi yang meragukan kerana mereka didakwa tidak mempunyai kad pengenalan dalam pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan pendedahan Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia (Mimos) yang mengesan 80,000 pengundi yang berkongsi alamat sama.

Katanya, Pengerusi PSC Datuk Seri Maximus Ongkili bagaimanapun menolak cadangan untuk dimasukkan isu tersebut ke dalam laporan PSC ketika mesyuarat terakhir pada 28 Mac lalu atas alasan ia bukan amalan dalam Parlimen.

Sebaliknya Azmin mendakwa Maximus hanya memilih topik tertentu untuk dimuatkan dalam laporan terakhir yang nyata bukan perkara pokok bagi menjamin pilihan raya adil dan bersih.

"Notis dikemukakan kepada Yang Dipertua Dewan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Setiausaha Dewan untuk membuat pindaan menurut peraturan mesyuarat 30(1) kepada usul dalam aturan mesyuarat daripada Menteri Sains Teknologi dan Inovasi.

"Ini supaya Speaker mengambil maklum tentang hasrat kami untuk buat usul pindaan berkenaan dengan memuatkan satu laporan minoriti yang akan memberikan penjelasan panjang lebar tentang isu pokok yang menjamin pilihan raya adil dan bersih," katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen di sini, Isnin.

Azmin yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, alasan PSC itu tidak boleh diterima kerana baginya laporan minoriti boleh dimuatkan selagi ia tidak bercanggah dalam mana-mana peraturan mesyuarat.

"Kalau begitu mengapa tidak ambil tindakan yang lebih proaktif untuk menjamin keadilan kepada pihak yang telah memberikan pandangan yang baik sedangkan ia amalan biasa di negara lain seperti Kanada dan Austarlia," katanya.

Menurutnya, laporan PSC ini telah membuktikan kegagalan SPR memberikan komitmen untuk membersihkan daftar pemilih, malah terus memberikan pelbagai alasan.

"SPR berjanji nak keluarkan nama (diragui) tapi tak buat atas alasan tiada kuasa nak potong nama tersebut.

"Ini bagi saya satu pembohongan kerana ada peruntukan peraturan pilihan raya yang jelas menyatakan bahawa Ketua Pendaftar SPR boleh memotong nama mana-mana orang yang tidak berhak untuk terus dikekalkan dalam sistem.

"Kita tak boleh terima alasan SPR yang tak bertanggunghjawab...sebab itu laporan ini cukup signifikan untuk mmbuktikan SPR telah gagal ambil usaha untuk bersihkan daftar pemilih," katanya.

Beliau juga mendakwa jawatankuasa ini gagal melihat keseluruhan cadangan dariapda awam dalam laporan PSC.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli berkata pihaknya menaruh keyakinan usul itu akan diterima Speaker untuk dibahaskan sebelum laporan PSC itu dibentangkan dalam Dewan Rakyat esok.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan